Friday, January 3, 2014

Paleo Diet Day 2 - Omega 3 rich dinner

Semalam balik kerja agak lewat. Melayan bos yang stress sebab CEO dari China nak datang melawat esok. Dekat setengah jam dengar dia mengeluh je. Sesak nafas aku dibuatnya. Siap semua keje semalam aku cabut. Kol 7.15pm gerak dari ofis. Sebab lapar sgt dalam jem, aku sempat la makan sebiji pisang dalam kereta.


Sampai umah, terus buka peti ais. Fikir nak makan apa, nak masak apa. Ayam, daging semua lupa nak keluarkan pagi tadi. Kalau nak tunggu thawed baru nak masak, alamatnya kol 10 la baru aku dapat makan. So, aku kuarkan ground beef dari freezer untuk dia thaw sekejap, then aku pegi mandi and buat apa-apa yang patut.

Ingat nak buat meatballs, bila memikirkan macam banyak je nak kena cincang and aku pun tak berapa rajin, aku buat omelet je la. Bahan-bahan dia simple je, 2 biji telur, sikit hirisan bawang besar, sikit ground beef and cherry tomatoes. Nak masak dia lagi simple. Aku pakai olive oil utk caramelized bawang, kemudian aku stirfrykan sekali ground beef. Sementara stirfry tu kita seasonkan beef tu dgn salt and paprika just nak kasi flavour. Kemudian aku masukkan cherry tomato, bagi dia layu sikit. Once semua dah masak, aku masukkan beaten eggs yang aku season sikit dgn salt. Then walah! bSiap untuk dingap.

Sebab rupa dia agak buruk, aku tak snap pun gambar omelet tu. Lepas makan omelet tu aku amik sebiji fish oil as supplement. Berganda-ganda omega 3 dalam badan aku semalam.

That's all folks. More updates to come

No comments:

Expectations

Is it wrong to have high expectation? Expecting someone else to be fair to you. Expecting others to treat you as you treat them. I learned...