Wednesday, July 23, 2014

Hikmah di Sebalik Kekejaman Zionis Israel di Gaza Untuk Ku

Setelah sekian lama aku meninggalkan FB dan mengaktifkan diri di IG, kini aku kembali ke FB... Updates dari page Aman Palestine dan Aqsa Syarif adalah posts yang dinanti-nanti. Apart from that, pelbagai video yang sedih, menyayat hati turut dikongsikan...

Hari ni aku tengok satu video. Seorang kanak-kanak yg tak pasti samada berada di Syria ataupun di Palestine melaungkan kata-kata semangat kepada saudara dan para sahabatnya. Mengingatkan mereka mengapa perlunya mereka berperang. Mengapa mereka sanggup mati.

Kanak-kanak kecil itu begitu yakin, begitu suci, begitu ikhlas semasa mengucapkan kata-katanya. Walaupun air matanya menitis, suaranya tetap lantang mengatakan kekejaman yang diperlakukan kepada mereka pasti akan dibalas. Ya Allah...

Aku pasti Tuhan telah mengurniakan kesabaran, keteguhan iman derta keberanian luar biasa kepada semua umat Islam yang sedang diduganya. Air mata aku mengalir semasa menontot video tersebut. Terasa diri ini begitu lemah jika dibandingkan dengan semangat anak kecil itu.

Vidoe-video sebegini membuatkan aku lebih bersungguh-sungguh di dalam doa-doaku.. Aku masih lagi memperbaiki lagi rasa khusyuk dalam solat. Aku kini berusaha untuk solat pada awal waktu. Cuba untuk menyempurnakan setiap ibadahku supaya ianya diterima Allah.

Aku sedar aku adalah hambanya yang sentiasa berdosa. Aku belum lagi menjadi Muslim yang sebenarnya. Namun aku akan pastikan yang aku adalah seorang Muslim yang lebih baik dari aku yang semalam... InsyaAllah...

Tujuan tulisan aku mengenai ibadahku di blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Aku memohon kepada Tuhan agar aku dijauhi dari sifat ujub.. Tulisan ini bertujuan sebagai peringatan kepada diri sendiri. Sekiranya aku tergelincir dari landasan sekali lagi, ini adalah peringat buatku bahawa aku pernah mempunya semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri. Aku tidak harus berputus asa kerana Allah tidak pernah melupakan hambanya... Siapalah aku untuk tidak mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku?

Tuesday, July 22, 2014

Tangisan Palestine

Sudah hampir 2 minggu Palestine diserang Israel. Public outcry berlaku hampir diseluruh dunia. Banyak perhimpunan solidariti bersama Gaza diadakan. Sokongan rakyat dunia kepada Palestine sungguh mengkagumkan SubhanaAllah!

Kalaulah mereka yang berhimpunan ini diberikan senjata dan kesemuanya di hantar ke Gaza, aku yakin tentera Israel akan dibunuh beramai-ramai. Mereka begitu kejam terhadap rakyat Palestine. Sudah terlalu banyak darah umat Islam yang tidak berdosa tumpah di bumi itu. Gambar-gambar mayat si kecil menghiasi newsfeed mukabuku setiap hari.

Hati ini sebak, luluh melihat penderitaan mereka, Hanya doa sahaja dapat aku sumbangkan untuk mereka. Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran untuk mereka dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan Tuhan buat mereka. Semoga mereka yang syahid ditempatkan bersama para Syuhada di dalam syurga yang abadi.

Di sini aku ingin melahirkan sedikit rasa kekecewaan. Seperti yang aku mention tadi, penduduk dunia membantah serangan Israel keatas Gaza. Mereka berhimpun, meluahkan perasaan di media sosial dan banyak lagi. Namun, di Malaysia hanya sedikit rakyat Malaysia yang betul-betul ambil berat mengenai isu di Gaza dan rata-ratanya adalah umut Islam. Bagaimana dengan rakyat bukan Islam di Malaysia? Di mukabuku aku, hanya ada seorang kawan berbangsa Cina yang berkongsikan post mengenai situasi di Palestine. Yang lain-lain senyap atau cuma meletakkan post seperti melepaskan batuk ditangga selepas aku menemplak sikap tak endah mereka di mukabuku.

Yang berhimpun di Jepun, New Zealan, Chicago, Scotland, Sweden kebanyakkan bukan orang Islam pun. Mereka berhimpin atas dasar perikemanusiaan. Sedih sekalai kerana masih ramai lagi yang sanngup tutup sebelah mata, memekakkan telinga dan terus tidak mengendahkan berita-berita yang menyayat hati ini. Mungkin Tuhan yang tutupkan hati mereka dari mengambil iktibar dan petunjuk dari apa yang sedang berlaku di Gaza.

Video-video kanak-kanak yang terselamat dalam runtuhan bangunan-bangunan cukup untuk menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan Allahuakbar! SubahanAllah...

Cukuplah luahan perasaan untuk hari ini. Hati ini sedih, cukup sedih. Namun aku yakin, janji Allah itu pasti. Umat Islam akan menang. InsyaAllah!

"When God is with you, nothing can go against you"


Monday, July 14, 2014

Hair Cut

Semalam I made a bold move of cutting my hair really really short. The last time, I had such haircut was when I was very very young. Probably I was 9 years old. I had thick hair and my mom just had enough of hair on her hands at that time I guess. So she decided to make me get a boy-cut.

I am never the type of person who cry over short hair. But when I first cut it so short, I told my mom dat I need to wear tudung to school just to cover it. Definitely not the right reason to wear tudung but yeah, that's what happened.

Now since I am now a hijabista, single, unmarried so I thought, who cares how my hair looks like. Its not like anyone apart from my family is going to see it right? So, bye bye long frizzy, curly hair and hello short and sexy hair do.

I don't look bad. I actually love my new do so much that I want to keep it as short as possible all the time. My head feels lighter and according to mom, I will save some money on shampoo...

p/s: got so many things to blog about but.... its Monday, I am sleepy and tired and lazy. so.... till then!


Friday, July 11, 2014

Tergelincir Dari Landasan

Sebagai seorang  manusia biasa, aku tak boleh lari dari melakukan silap, salah, dosa. Apabila berada dalam bulan puasa yang oenuh keberkatan ni, aku sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, namun segala-galanya terasa berat sekali.

Hari ni masuk hari ke 13 umat Islam di Malaysia berpuasa, dan aku masuk hari ke-9. Aku cuba sedaya upaya menyempurnakan amalan ku yang wajib dalam bulan puasa ni sebelum sibuk merebut puasa ibadat sunat. Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk turut bertaraweh di Kajang dan masjid di rumah lama serta surau di kampung.

Tak dapat aku nafikan, minggu ni aku seperti tergelincir dari landasan. Aku tak salahkan sesiapa hanya diri sendiri. Iman dalam dada masih belum kukuh, aku masih mudah tunduk pada nafsu. Minggu ni aku rasakan seakan Tuhan semakin menjauhi aku. Perasaan sedih, bersalah, lemah bercampur baur menyebabkan hati aku tidak tenang.

Tatkala hati ini meronta, aku baca Quran, Yassin dan berzikir sebanyak yang perlu. Ya Allah semoga ditetapkan imanku dan diperkukuhkan ketaqwaan ku. Kau tenangkanlah hatiku ini...

Aku rasakan jalan menuju ke Jannah semakin mencabar untukku. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.

Thursday, July 3, 2014

Puasa oh Puasa

Orang dah berpuasa selama 5 hari termasuk hari ni. Yang aku baru dibolehkan berpuasa. Puasa yang agak berbeza tahun ni. Berpuasa di Kajang. Masih tak tau kat mana letaknya bazaar Ramadhan, surau, masjid etc...Nasib baik lah Company ni bagi subsidi makanan ... So, ada lah makanan nak bawak balik kalau dah malas sgt nak tapau or masak.


Rasa a bit lost. Pastu, sejak dua menjak ni aku agak emosi la bila aku lapar. Sangat takde mood nak layan kerenah orang yang pelik2. Akibatnya, intern aku yang banyak tanya soalan ni jadi mangsa.

Aku betul2 try nak control perasaan kelakuan aku supaya aku ak menyakitkan hati sesiapa. SubhanAllah...susahnya... Nak kata hasutan syaitan, mana ada syaitan. Tapi kena aku cepat rasa fed up time2 puasa ni?

Malam tadi tak berapa lena nak tidur...Bila dah lelap malas nak bangun sahur. Padahal dah set alarm, dah terjaga tapi nak angkat kepala dari bantal tu punya la berat.... Allahuakbar...

Perkara-perkara ni mudah je aku lakukan sebelum bulan Ramadhan hari tu. Kenapa sekarang perasaan malas tu banyak sangat.. Dugaan oh dugaan....

Semoga aku diberikan kekuatan untuk menyempurnakan ibadat puasa pada Tahun ini.....InsyaAllah!

Gratitude List No. 3

Malaysian just had a long weekend last week. 3 days off from work meaning a lot of time on my hand. Had a whole day to my self on Friday. Cl...