Thursday, May 28, 2015

Mei Yang Dipenuhi Cerita

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap apa yang aku miliki. Aku sedar bahawa setiap apa yang diberi oleh Allah hanyalah pinjaman. Untuk kita merasai nikmatNya. Oleh itu, aku betul2 menghargai setiap detik dan ketika rasa bahagia itu hadir.

Cukup utk aku katakan bahawa tempoh perkenalan kami masih singkat. Walau pun dia telah berjumpa dengan mak dan ayah, bagi ku selagi tiada ikatan yang sah, apa-apa saja boleh berlaku.

Kami bertemu, bertentang mata selepas 1 bulan berkenalan. Bagaimana kami berkenalan, biarlah aku rahsiakan dulu. Sebab ceritanya agak kelakar. Disebabkan dia di Sarawak, kami hanya banyak berhubung melalui Whatsapp dan perbualan telefon sahaja. 

Alhamdulillah...Walau pun pertama kali bersua muka, semuanya lancar. Kami berinteraksi seakan telah mengenali satu sama lain bertahun lamanya. Aku berkesempatan berjumpa ibu saudaranya serta adiknya. Aku turut berkesempatan memperkenalkan dia kepada seluruh ahli keluargaku kecuali Anna yang kini berada di London.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Aku yakin, berkat doa ibu bapanya si dia, perjalanan dan masa si dia di Semenanjung telah terisi dengan aktiviti-aktivi bermanafaat, insyaAllah.

Antara aktiviti yang telah berjaya kami lakukan:-
  1. menghadiri ILMFEST di PICC Putrajaya (16-17 May 2015)
  2. dinner and bowling session dengan beberapa orang rakan sekerja di IOI City Mall
  3. kuliah tafseer di Masjid Putra
  4. balik Kampar jumpa mak dan ayah
  5. first movie - Pitch Perfect 2
  6. his first sushi
  7. short trip to Cameron Highland
  8. Kellie's Castle impromptu trip
  9. Hantar adiknya ke Tun Hussein Onn Uni
  10. Melaka getaway
Harap dia gembira sepanjang 12 hari dia di sini.

A bit about him. He is a normal young guy. He is younger than me. He has good character especially towards the elderly. He is protective. So caring, so passionate about all the things he loves so dear. He has a soft heart and very compassionate towards the needy and animals. He is also a responsible and loving brother. He knows how to carry him self in new environment. He could be timid sometime but he is a fast learner. He has so much to learn and as long as has the willingness to learn and just be a better person, I think he is on the right path. He is good looking as well. So that's a definite bonus!! MasyaAllah!

Of coz ada negetive side of him which I shall not mention. I believe that he would be a better him once he improves his relationship with Allah.Same goes to me. I am not perfect. I am still improving to be a better muslimat. May Allah grant all of us ease.

Aku tak tau berapa lama Allah bagi aku rasa nikmat ni. Aku tak tau sama ada dia memang jodoh aku atau tidak. Kami memang bercadang untuk bernikah.Sejak awal perkenalan, itulah misi dan objektif kami. Tetapi, atas beberapa faktor yang memang tidak dapat dielakkan, rancangan kami mungkin terpaksa dilewatkn dari yang aku inginkan.

Aku percaya bahawa rancangan Allah itu yang terbaik. Jadi aku hanya mampu bertawakal dan redha dengan ketetapanNya.

Doaku setiap hari adalah, sekiranya dia baik untuk diri ku, agama ku, hidup ku dan mati ku, semoga Allah permudahkan segalanya untuk ku. Ameen...

Saturday, May 9, 2015

Sabtu Penuh Ketenangan

Sabtu yang tenang. Alhamdulillah...

Hari ni aku habiskan untuk melayan kemahuan diri.. semenjak dua menjak ni, subuh aku terjaga... syukur.

Aku percaya, bila kita mulakn hari dgn mengingati Allah, hari tersebut akan dipenuhi nikmat dan kesenangan. selepas brunch seorang diri di IOI City Mall, membeli brg2 asas, aku balik ke rumah.

Aku disambut dgn senyuman oleh housemate ku dan rakannya.. bersyukur nya aku dipertemukan dgn teman serumah yg baik dan mengambil berat serta memahami diri ini yg sememangnya lain dr yg lain. Aku lebih selesa menyendiri, membaca atau melayan games di dlm bilik. jarang skali aku menonton tv.

Aku bukan anti sosial. Aku ada ramai kawan2.. alhamdulillah, semua memahami karakter aku yg unik. aku bukan berat mulut. bila smp mood aku bercerita, aku boleh cerita sampai esok hari. tp, aku lebih pandai mendengar dr bercakap. kata2 ku kadang kala terlampau jujur, lurus. orang tak biasa, mesti susah nak terima.

Berbalik semula kepada topik hari ku yg org lain mungkin akan kata membosankan, tapi bagi aku, this is my kind of weekend. selesaikn kerja yg x dpt buat di hari bekerja. memperbanyakkan ibadat fan zikir, merompak di COC. bahagia, tenang, alhamdulillah...

Hati ini masih diusik syaitan. Iman ini masih goyah. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan ku dan menerima setiap amalan ku.

Hidup ku & mati ku, hanya kerana Allah.

Tuesday, May 5, 2015

Kemahuan

Dah lama tak update blog ni. Nak kata busy, biasa je. Sekarang ni asyik bermain COC and enjoying persahabatan dengan rakan sekerja. Banyak benda aku nak update pasal ofis. Such as, aku dah ada assistant. Kalau nak bercerita pasal dia ni, kena set aside 1 post khas. As an introduction, her name is Kamilia. She is young, energetic and a ball of fun. Kehidupan aku kat ofis lebih kemas dengan adanya dia.

Its funny how I start this post with an update on my work instead of my personal life kan? Bukannya aku takde personal life, aku sekarang lebih enjoy di ofis berbanding di rumah. Kerja kat ofis makin lama makin pelik. 2 minggu lepas, department aku kena entertain sorang tetamu dari UAE. Apa kaitan legal dengan entertainment pun aku tak pasti. Memang la seronok, keluar makan, borak etc... Tapi, kerja hakiki yg menunggu kat ofis tu banyak kot..

Personal and private life aku agak huru hara as usual. Seperti biasa family aku penuh drama. Lepas ayah buat bypass aku just keep praying yang family aku tabah menghadapi apa sahaja dugaan yang akan datang. Walaupun keadaan hidup aku nampak agak huru hara, aku sangat-sangat bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku hati yang sentiasa tenang walau pun puting beliung ribut taufan semua tengah berlaku depan mata. SubhanAllah... Aku betul2 bersyukur...

Aku akui, aku bukan alim ulamak mahupun ustazah sekolah agama rakyat. Tapi aku yakin, setiap yg berlaku ada hikmah dia. Walau betapa buruk dan seriusnya satu masalah tu, jalan penyelesaian dah disediakan oleh Allah. Kita hanya perlu yakin dan terus berdoa pohon agar urusan kita dipermudahkan.

Ada berita yg lebih best nak update kat sini. Tapi, post yang tu perlu ditulis dengan hati yang gembira dan ceria. Pagi ni hati ni sedikit gloomy..

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan ku.. Ameen

Gratitude List No. 3

Malaysian just had a long weekend last week. 3 days off from work meaning a lot of time on my hand. Had a whole day to my self on Friday. Cl...