Saturday, May 9, 2015

Sabtu Penuh Ketenangan

Sabtu yang tenang. Alhamdulillah...

Hari ni aku habiskan untuk melayan kemahuan diri.. semenjak dua menjak ni, subuh aku terjaga... syukur.

Aku percaya, bila kita mulakn hari dgn mengingati Allah, hari tersebut akan dipenuhi nikmat dan kesenangan. selepas brunch seorang diri di IOI City Mall, membeli brg2 asas, aku balik ke rumah.

Aku disambut dgn senyuman oleh housemate ku dan rakannya.. bersyukur nya aku dipertemukan dgn teman serumah yg baik dan mengambil berat serta memahami diri ini yg sememangnya lain dr yg lain. Aku lebih selesa menyendiri, membaca atau melayan games di dlm bilik. jarang skali aku menonton tv.

Aku bukan anti sosial. Aku ada ramai kawan2.. alhamdulillah, semua memahami karakter aku yg unik. aku bukan berat mulut. bila smp mood aku bercerita, aku boleh cerita sampai esok hari. tp, aku lebih pandai mendengar dr bercakap. kata2 ku kadang kala terlampau jujur, lurus. orang tak biasa, mesti susah nak terima.

Berbalik semula kepada topik hari ku yg org lain mungkin akan kata membosankan, tapi bagi aku, this is my kind of weekend. selesaikn kerja yg x dpt buat di hari bekerja. memperbanyakkan ibadat fan zikir, merompak di COC. bahagia, tenang, alhamdulillah...

Hati ini masih diusik syaitan. Iman ini masih goyah. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan ku dan menerima setiap amalan ku.

Hidup ku & mati ku, hanya kerana Allah.

No comments: