Tuesday, May 5, 2015

Kemahuan

Dah lama tak update blog ni. Nak kata busy, biasa je. Sekarang ni asyik bermain COC and enjoying persahabatan dengan rakan sekerja. Banyak benda aku nak update pasal ofis. Such as, aku dah ada assistant. Kalau nak bercerita pasal dia ni, kena set aside 1 post khas. As an introduction, her name is Kamilia. She is young, energetic and a ball of fun. Kehidupan aku kat ofis lebih kemas dengan adanya dia.

Its funny how I start this post with an update on my work instead of my personal life kan? Bukannya aku takde personal life, aku sekarang lebih enjoy di ofis berbanding di rumah. Kerja kat ofis makin lama makin pelik. 2 minggu lepas, department aku kena entertain sorang tetamu dari UAE. Apa kaitan legal dengan entertainment pun aku tak pasti. Memang la seronok, keluar makan, borak etc... Tapi, kerja hakiki yg menunggu kat ofis tu banyak kot..

Personal and private life aku agak huru hara as usual. Seperti biasa family aku penuh drama. Lepas ayah buat bypass aku just keep praying yang family aku tabah menghadapi apa sahaja dugaan yang akan datang. Walaupun keadaan hidup aku nampak agak huru hara, aku sangat-sangat bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku hati yang sentiasa tenang walau pun puting beliung ribut taufan semua tengah berlaku depan mata. SubhanAllah... Aku betul2 bersyukur...

Aku akui, aku bukan alim ulamak mahupun ustazah sekolah agama rakyat. Tapi aku yakin, setiap yg berlaku ada hikmah dia. Walau betapa buruk dan seriusnya satu masalah tu, jalan penyelesaian dah disediakan oleh Allah. Kita hanya perlu yakin dan terus berdoa pohon agar urusan kita dipermudahkan.

Ada berita yg lebih best nak update kat sini. Tapi, post yang tu perlu ditulis dengan hati yang gembira dan ceria. Pagi ni hati ni sedikit gloomy..

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan ku.. Ameen

No comments: