Monday, June 30, 2014

Ujian Allah...

Setiap hari samada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya diuji Allah. Kebanyakkan masa kita hanya ingat pada ujian Allah apabila kita berada dalam kesakitan atau kesusahan sahaja. Sebenarnya, sewaktu kita senang juga kita diuji Tuhan Yang Maha Esa.Sewaktu kita senang Tuhan ingin lihat adakah kita ingat kepadaNya sewaktu kita senang, sewaktu kita gembira? Adakah kita mensyukuri segala nikmat pemberiannya?

Hari ini terlihat post kurang ceria dari seorang kenalan. Bunyinya seperti dia berada dalam kesusahan. Dalam diam ketika aku menatap updatenya di komputer aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala kesusahannya dan membantu dia menghadapi apa juga dugaan yang tersedia untuknya.


Aku sedang membaca buku ini sekarang. Aku jarang sekali membaca buku bahasa Melayu apatah lagi bacaan yang berunsur keagamaan, namun semenjak aku keluar dari hospital, diriku seolah-olah dahagakan ilmu agama, ilmu ketuhanan. Aku menyedari yang aku telah lama tidak mengisi rohaniku dengan bacaan-bacaan ilmiah sebegini. Betapa teruk aku telah menzalimi diri aku sendiri. SubhanAllah!

Gaya tulisan penulisan ini sangat bersahaja. Isinya jelas, straight to the point. Mudah difahami, relate-able. Aku kagum dengan ketetapan niat penulis dan isterinya untuk berhijrah ke Madinah. Kenapa aku tidak punya keinginan seperti itu? Mungkin kerana aku belum lagi sampai ke kota Madinah. InsyaAllah, hujung tahun ini, aku dan parents akan mengerjakan umrah. Semoga aku menemui keberkatan dan keredhaan Allah.... 

Friday, June 27, 2014

Selfie

Siapa yang tak pernah ambil gambar selfie? Angkat kaki cepat!

Tadi terbaca headline berita kata ada someone dies after taking a selfie... Baca headline je la. Camne dia mati sebenarnya, aku tak tau la plak.

Selfie ni bukan benda baru. Sebelum wujud perkataan selfie pun orang dah post gambar diri sendiri kat FB. Sekarang ada pulak instagram, lagi ramai la orang berselfie dan update gambar kat ig termasuklah aku... Walau bagaimanapun, aku try la nak limitkan selfie aku tu to at most 5 pics a day. Ni utk selfie k. Post gambar makanan 100 kali pun takpe. Selfie tak leh banyak sgt la, segan... eheheh...

Mengupdate blog masa tengah busy dengan AGM bagai... adei.... Terusha ig sorang mamat ni, memang kebanyakkan post dia adalah selfie, but he's a dude... Nape aku takleh terima lelaki camtu? What is wrong with me? So double standard kan? At least he got the look and he is just confident of his appearence, jadi dia show la to everyone... eheheh.... (argue dgn diri sendiri. so psycho la u)

Kena attend meeting plak. ciow



Thursday, June 26, 2014

Zombie Mode On

Minggu ni dikira minggu yang hectic. Semuanya gara-gara company's AGM dan juga kehadiran Directors dari China yang telah mengganggu keaman department kami yg memang dah sedia busy. Dari minggu lepas lagi aku dengan bos dan mentally prepared nak menghadapi minggu yang sibuk ni. Aku just cakap kat boss, "next week I am on zombie mode" Dia pelik so tanya kenapa zombie mode?


Zombie mode ni aku belajar masa zaman LLB lagi. There will be weeks yang ada back to back dateline, submissions, presentations, tests dan memacam dugaan la. Dah takde kuasa menepis, so kita pakai kuasa zombie la. Harung everything hoping that we survive the week la.

Climax minggu yang panjang ni adalah hari esok yang mana AGM akan diadakan. Rasanya preparation dah siap and harap-harap esok tidak ada kejutan yang bukan-bukanlah...

Hari ni aku bangun agak awal. Minum segelas besar nescafe dulu and sampai je ofis perut lapar gila!. Disebabkan jadual hari ni terlampau pack, memang tak sempat nak jamah apa2. Sampai kol 12 aku tahan lapar and tahan marah. Huhuhu... Bila aku lapar, aku bad mood sikit. So yang menjadi mangsa keadaan is intern aku tu la.

Aku bukan marah dia pun. Sib baik dia lelaki, kalau perempuan, dah cabut kot... Aku cakap dgn nada keras sket je la tadi. Bukan apa, aku bagi dia kerja, banyak pulak soalan dia sepanjang dia nak siapkan kerja tu. Dah rasa macam aku yang buat kerja tu sebenarnya. Adeih...Tak nak ckp banyak sangat pasal benda ni coz aku dulu pun banyak tanya jugak rasanya. Bila mak aku dah malas layan, dia marah aku. hahahah........

Curi masa sket update blog. Semlm ada kat ofis sampai kol 8 kot. Penat nyer arini rasa. Tak tau ada tenaga ke tak nak hadap hari esok.

Semoga dipermudahkan Ya Allah.....

Tuesday, June 24, 2014

True Love

True love is within me, within all of us
True love is to be able to love someone despite all the bullshit that was given in return 
True love is a gift from God blown into our hearts
True love is to be able  to send our good thoughts and love through our prayers
True love should be cherished 
True love can be spread no matter what the distance in between
True love asks for nothing in return
True love might not be able to move mountains but it can soften the hardest hearts
True love shines through the darkest of times
True love is to be able to say goodbye and knows that its not the end




Tenang Di Sini


Hati aku dipenuhi bunga-bunga cinta pada pagi ini... Terasa lapang, gembira, ceria, berwarna-warni dan penuh kesyukuran... Alhamdulillah...

Malam tadi aku diberi petunjuk sekali lagi.. Petunjuk yang mengatakan bahawa Tuhan mendengar dan mengetahui setiap yang aku doakan dan telah menyediakan yang terbaik untukku. Pagi ini terasa seumpama satu beban besar telah diangkat dari bahu aku sebab tu aku rasa ringan jer hari ini...


Aku tidak tahu dengan mendoakan kesejahteraan mereka yang ada disekeliling kita dapat membuatkan kita rasa begitu bahagia sekali. Mungkinkah kerana apabila kita mendoakan untuk orang lain, ada malaikat yang mendoakan perkara yang sama untuk kita? Mudah-mudahan begitu lah hendaknya....


Semoga kegemniraan yang ku rasakan akan berkekalan sepanjang hayatku...

Images from Google

Monday, June 23, 2014

Weekends!!

Cuti hujung minggu yang penuh bersungguh-sungguh yer...In short, I had a fruitful weekends.Alhamdulillah

Last Saturday, I get to help a person in need. Orang tu murah hati pada aku so Tuhan sediakan ruang untuk Tuhan bayar cash kat dia atas segala bantuan dia kepada aku. Aku ni medium je untuk Tuhan curahkan rezeki dia yang maha luas kepada mereka yang dikehendaki...

Pada hari Sabtu juga aku telah diberi nikmat untuk bersolat berjemaah di 2 buah masjid berdekatan Shah Alam. Alhamdulillah, merasa menunaikan Zuhur di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong. Bersih masjidnya. Lapang serta cantik sekali masjid tersebut dibina



Setelah membeli belah pelbagai bahan bacan bagi melengkapi kutub khana peribadi, dengan buku serta majalah pelbagai tajuk, aku diberi kesempatan untuk bersolat di Masjid Biru pula. 


Sahabat yang menemani aku seharian tersebut akan ku ingati dalam doa-doaku... Semoga engaku dirahmati Tuhan dan menjadi seorang insan yang cemerla di dunia dan akhirat. 


Wednesday, June 18, 2014

Alam Ghaib

Hari isnin update blog dengan penuh kencang. Hari Selasa idea mula kering kontang. Hari Rabu kerja berlambak macam gila kentang. Tak tau dah apa nak sembang.

Kat atas tu aku tak pasti la pantun ke syair ke apa kan. Yang pasti, aku memang tengah takde idea. Banyak je isu nak share. For example semalam aku belajar pasal Qarin. Aku tak tau pun kita dilahirkan dengan 1 jin kafir yang dinamakan Qarin. Jin ni jadi pendamping manusia sampai kita mati. Jin ni bergantung hidup pada setiap amalan dan perbuatan kita. Kalau banyak benda haram kita buat, makin gemuk la jin tu. Kalau banyak amal ibadat kita lakukan, makin kurus la jin tu.

Alam ghaib memang menarik minat aku sejak kecik lagi. Masa zaman sekolah, aku relax je baca buku Tamar Jalis memalam buta. Recently, masa aku sakit, ada pendapat yang mengatakan aku kena gangguan jin. Masa tu aku tak ambil port sangat lah coz doktor dah bagitau secara jelas penyakit aku ni sakit fizikal. But then again, apa yang doktor tahu pasal gangguan jin yang biasanya akan efek rohani seseorang kan?

Banyak benda baru aku belajar lepas aku duduk lama kat hospital aritu. Aku ada dengar cerita yang dad orang yang Allah bukakan hijabnya maka dia boleh melihat malaikat yang berada disekeliling kita. Memikirkan segala perbuatan kita dicatat membuatkan aku ingin berusaha untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat. Kini, mengetahui pula adanya jin yang hidup disamping kita membuatkan aku ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai dunia jin.

Disebabkan beban kerja semakin ringan dengan adanya intern kat department aku ni, aku pun buat la research sket. Jin dijadikan Tuhan dari api kalau tak silap aku. Kalau nak tau banyak pasal Jin better baca Quran kot.Dalam Quran ada banyak cerita pasal jin. Salah satu cerita paling popular adalah doa Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan yang belum pernah ditadbir oleh manusia. Doanya dimakbulkan Tuhan dan Tuhan memberikan mukjizat kepada Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan jin. Menarik bila mengetahui bahawa jin mempunyai kerajaan. Basically, alam jin dengan alam manusia sama kecuali jin boleh nampak manusia tetapi manusia tak boleh nampak jin dan kita hidup dalam satu dunia yang sama cuma di alam yang berbeza.

Dalam kerajaan jin, wujud bangsa yang berbeza, agama yang berbeza dll... Ada jin islam, jin kafir, jin penunggu gunung, gua, laut, sungai. They are everywhere... Mungkin sebab itu Tuhan letakkan mereka di alam ghaib, tertutup dari pandangan manusia biasa. Kalau kita semua boleh nampak jin, aku rasa huru hara dunia ni jadinya.

Len kali lah aku sambung cerita alam ghaib ni ok. InsyaAllah




Monday, June 16, 2014

Buffet Ramadhan

Memandangkan Monday blues tak semena-mena melanda hari ni, blog ini berjaya diupdate dengan penuh jaya sekali.

Banyak blogger sedang review buffet Ramadhan dekat hotel and restoran....Semua review sama je kot. Bagitau banyak pilihan, sedap, murah and kena tempah awal untuk dapat harga murah. Ikut pengalaman aku, bulan Ramadhan adalah bulan yang aku sangat tak boleh makan banyak. Walaupun makan tak berapa banyak, berat tak menurun jugak.

Bila dah seharian menahan lapar dan dahaga, bila masuk buka puasa, aku akan makan untuk alas perut je. Malam sikit baru makan lebih sket. Aku pun tak tau kenapa aku macam tu. Oleh yang demikian, buffet ramadhan adalah sesuatu yang sangat membazir bagi aku la... Jadi, if orang tak ajak aku berbuka buffet style pun takpe. Buat rugi je bawak orang tak kuat makan cam aku ni.

Tahun ni akan berpuasa di Kajang. Tak pasti lagi bazar Ramadhan dia kat mana. Biasanya aku akan cari kueh je. Makanan aku lagi suka masak coz kita tak tau orang-orang kat bazar tu start masak lauk dia pukul berapa kan.Aku cakap ikut pengalaman coz pernah satu tahun tu aku tolong makcik akau masak untuk berniaga kat pasar Ramadhan. Biasanya kita akan start masak pagi tak pun tengah hari. Makanan kekadang terdedah kat pasar tu. Lalat hinggap, bertelur la etc. semua tu menempah tiket percuma ke toilet okeyh....

Ok, aku dah lari tajuk...Teringin juga nak bawa family pergi buffet Ramadhan. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku akan bawa dorang pergi....

Its a Beautiful Life

I am grateful that I am given another day to enjoy in this beautiful earth. Although death is certain and life isn't, I humbly believe that we should always plan our journey to our liking and pray for the best. God does not intend for us to live our life in agony for the rest of our life. I truly believe that God wants us to enjoy our time on Earth as much as we can. God created such beautiful and magical earth for us humans to enjoy and savor. So, lets not waste any time!

This is my long term checklist:-

1) Go for Umrah with the family
2) Get married and be madly in love
3) Have kids and teach them to be the best ummat
4) Buy a property
5) Take my parents to see beautiful places all around the world
6) Take my parents & sisters for Haj
7) Be a great friend to at least 5 people

Not many as I intend to keep it short and checked off all of the items aboved as soon as possible. I have to have a plan in order for me to achieve all those goals. As for the first goal, I have filled up the Form. Now I need to do my passport and take some photograph for Visa application. I planned to have my birthday in Mecca next year.

As for the second goal, this is slightly out of my control. However, I do hope that I get to fulfill this goal in this life time. Same goes with item 3 on the list.

Saving is not something I am good at however, in order for me to achieve the rest of the goals, I need to. Thus, I intend to save at least 300 per month. Its doable. InsyaAllah....

This post is for me, a reminder for my self. I pray for the strength to achieve them all.

InsyaAllah

Mati Itu Pasti

Aku tak tau kenapa, dari aku kena admit haritu sampai ke hari ini asik terfikir pasal mati je. Tak cukup dengan pemergian sahabat baik aku, kemangkatan Sultan Perak dan last week aku dapat tahu yang anak jiran sebelah rumah sewa aku dulu juga telah meninggal dunia sebab kanser begitu juga  dengan abang kepada sahabat aku yangtelah meninggal dunia walaupun usianya masih muda.


Death surrounds us everyday, whether we know it or not. Berita-berita mengenai pemergian mereka semua mengingatkan aku bahawa manusia boleh pergi menghadap Illahi pada bila-bila masa sahaja. Do you know when you are going to die? No one does except orang yang beriman yang diberikan petunjuk 100 hari sebelum dia mati.


Aku masih berusaha untuk menjadi orang yang beriman. Aku tak pasti sama ada amalan aku diterima Tuhan atau tidak, tapi aku akan teruskan usaha sehingga nafas aku yang terakhir.Aku rasa semua orang patut bersedia untuk mati sebab itu sahaja yang pasti dalam hidup kita ni.

Aku bukanlah alim ulama bukan juga guru agama. Baca Quran pun masih merangkak-rangkak. Banyak lagi yang harus aku pelajari dan aku harap Tuhan bagi aku masih yang secukupnya untuk mempersediakan diri aku menghadapi mati. Dalam masa yang sama, aku akan cuba untuk menikmati kehidupan di dunia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana setiap hari adalah satu anugerah yang dikurniakanNya.

Alhamdulillah...


Friday, June 13, 2014

Life, Death, Friends & God

Biasa dengar orang kata, "Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan." Seringkasnya, opinion aku ialah aku percaya pada qada and qadar. After experiencing what I have experienced, aku percaya God has a plan for all of us and His plan is the best plan. God knows Best.


Nak dijadikan cerita, semalam aku bertemu dengan seorang sahabat yang dah hampir 3 tahun aku tak jumpa. Masing-masing busy dengan kehidupan sendiri. Our first topic is my health and my recovery. Mana nak tau, mak saudara sahabat aku ni baru je didiagnos with kanser usus. I am not sure whether I have mention this in my previous post but my doctor's initial diagnosis was also cancer. Alhamdulillah, after removing the tumor and sending it for testing, they discovered that it was endometriosis.

Berbalik pada cerita mak saudara sahabat aku ni. She told me how worried she is and told her that they are close etc. I impart my experience dealing with the situation to her. Banyak la aku cerita from how many operation I had to why ada orang kena pakai colostomy bag for live and why some tak perlu. At the end of the conversation, it can be concluded that illness is given by God for various reason. Dugaan macam ni mengundang 1001 pengajaran. I never said this before but aku betul-betul insaf selepas aku selesai operation ke-2 haritu. I learned a lot whilst I was in the hospital and now aku rasa maut tu betul2 dekat dengan aku.

When I told her that, sahabat aku tu kata, aku dah lain sangat, aku dah jauh lebih baik dari diri dia. Sukar aku nak percaya statement macam tu. Aku cuma boleh ucapkan, alhamdulillah. Honestly speaking, I am trying my best to be the best muslimah I can ever be. I am not seeking any acknowledgment from anybody. Aku cari keredhaan Tuhan. Tu je. Aku just rada kerehaan Tuhan tu sukar bagi aku utk kecapi bila aku sentiasa tak khusu' semasa solat. that is one of the battle that I am fighting every single day.

I am going slightly off topic here but bare with me as I need to put this in writing as a reminder to my self in the future. I realize last night that there are 2 parts of me. The conscious me and the sub conscious me. It might sounds a bit weird but when I pray, the me who utter all the words, reciting Al-Fatihah etc is the sub conscious me. The recital comes out of my mouth without I even have to think about it. The conscious me is my ever active mind. Thinking of things, wandering off to God knows where. I find it difficult to make sure both of me, are focus on the same thing. So most of the time, I force my conscious mind to also recite the words that my mouth is uttering.


Currently I am reading Kitab Fadhilah Amal given to me by my Ibu. One of the stories shared in the book is about how khusyu' sahabat-sahabat Nabi in their prayers. When they were asked how they can get so khusu', one of the sahabat whom I have forgotten his name told that before praying he imagined his situation when he needs to cross titian siratulmustaqim in akhirat. It makes total sense to me now why we are ordered to cite surah al-Fatihah during prayers.For further understanding on this matter you can google tafsir for surah al-fatihah.


Back to my fateful meeting with my friend tadi, we shared so many things last night and we hope to regularly meet each other. I know she is lonely. Being a workaholic, she turns to office to find peace apart from praying to God regularly. She seems sad and depress and I hope I could cheer her up. For me, we are undergoing exams every single day and the final paper is prepared by God. He never stops us from enjoying our life in this world however He does set certain limits. As long as we take care of our promise to God by praying and do what is wajib for us, we should also enjoy life in this world. Be happy as living in this beautiful world is a nikmat bestowed by God to us.  


I know that each and every breath I take is a loan from God. Each and every day is a present and I am determine to make the best of it. 

Thursday, June 12, 2014

My Running Man

Pada mereka yang belum pernah tengok Korean Variety show Running Man, aku suggest, go and watch it!

I was introduce to this show whilst I was recovering in hospital. Well, people do say that laughter is the best medicine however, having been sliced 3 times in a row on my torso made laughing a slight agony which I have to endure.

My "ibu" and new sister Aisyah asked me to watch it. I am so grateful for having the privilaged of admitting myself to a nice hospital with free wifi. After being introduced to the show, I watch it almost everyday in the hospital and it does help with my recovery. Well, not good for my stitches but well, what the heck.


Since aku baru je start tengok this show, aku nak komen banyak2 pun tak pandai. Gambar kat atas tu pun aku tak sure nape Ace/Bank Ji Hyo takde sekali. Jaesuk memang alwes jadi the centre of attention. Dia cakap banyak giler and most members memang hormat kat dia. Jongkook ni Sparta yang kekadang menjengkelkan. Kuat buli orang. Ada episod yang dia nyanyi dalam kereta, sweet jugak suara dia.

Gary adalah fave aku coz aku rasa dia sgt sweet and bersahaja. Muka dia cam bodoh je, otak pun agak slow tapi ayat2 yg keluar dari mulut dia macam sajak or pantun or syair...Sweet. Aku suka lirik lagu Human Scent. Best! Joongki tu aku tak kenal siapa so takleh nak komen. Kisah love story dia dgn Ji Hyo menarik utk ditonton. Rasa sweet sgt if ada org camtu around us.

Kwangsoo is the master of betrayer. Sangat menjengkelkan. Tapi comel. Still, sku tak suka sgt kalau dia curi clue dari members. Lagi satu benda menjengkelkan dia suka buat ialah menjerit secara tiba2 kekonon dalam drama Korea. Dia tinggi tapi antara member yg terlemah la. Sebab tinggi, pusat graviti dia membuatkan dia senang sgt jatuh kot.. ok fizik fail

Sukjin ni antara yang terbijak la. Kalau bagi teka teki or puzzle dia cepat je dpt jawapan. Tapi sebab dia yang plg tua dalam group, dia agak slow in physical activities. Haha hurm dia ni comel gak. Perangai dia cam gila2 sikit. Hyper macam budak kecik terlebih makan gula. Kelebihan dia tak pasti plak kat mana, dia kelakar la kot. Yg pasti dia ni penakut. Sifat penakut dia tu yang buat dia jadi kelakar. Nak pegang ayam pun takut. Aduhai...

Ji Hyo is one tuff lady. Best skali if dia couple dgn Gary. She is fearless and smart. Good thing letak one lady in this group. All of the have great dynamics. Aku suka episod yang ada Jackie Chan. Semua orang macam star struck. They can't believe that they are meeting Jackie Chan. They are all seem so humble. Especially Haha bila jumpa Jackie Chan. Sib baik dia tak pengsan time tu.

Episod yang ada Rain kat Australia pun best gak. Rain macam biasa so cute. Paling cute bila semua orang kena pakai costume kangaru and then pergi bagi kangaru makan. hahahaha.... Tu part paling comel. Even Sparta yang ganas pun nampak comel kat situ.

Itu je kot for this topic. Nak g lunch.

p/s: My chosen running man is Gary!!!

12 Cafe Semenyih

Moving out of our comfort zone is never easy. You have to adjust and adapt to our new surrounding in order to survive.

Its my first week living in Kajang. Since my housemates suka buat overtime, I end up alne at home every evening. I don't mind being alone at home or going out alone to dinner, I just need to find my comfort zone. A place where I can hangout and not care about what's going on around me. A place to retreat. I think I may have found just the place.

Last night, I get in touch with my former pupil in chamber. She live nearby so I ask her out for dinner. We head to 12 Cafe in Semenyih. I was drawn to the decoration of the place upon reading reviews over  the internet.

It took us 15imins to get there from my house. The place is easy to find coz it is located by the main road and it has bright lights shining all over the compound. The food is nice. They serve variety of food here. The interior deco is mind blowing.

Now i will let the photos do the talking. I will come back to try their coffee and dessert. Miam!



Wednesday, June 11, 2014

Musim Panas Kembali Lagi

Bahang sungguh sekarang ni. Ofis fully air-cond. Kena plak kerja ngn company yang manufacture air-con namun tak terlawan kuasa Tuhan yang bagi suhu panas kering kat Kajang ni.

Ni la keadaan ofis. Air-cond full blast tambah kipas lagi... Dugaan Tuhan. Ni baru panas kat dunia, padang masyhar nanti, Tuhan je yang tahu camne keadaan time tu.

Sebab busy meeting arini, post pun pendek je. Sorry guys!

Tuesday, June 10, 2014

My Rambling Thoughts

I am supper happy and grateful to announce that I have resume my work. Weee!

I was on medical leave for almost 2 months. Thankfully I was not bed ridden. I was up and about though my movement was limited. I perform my daily prayers whilst sitting as the bag is preventing me to sujud properly.

Feels good to be back. Everyone is happy to see me. Especially my boss and the Managing Director. I forgot to mention it but I have moved to Kajang. Closer to office. I get to wake up later and still make it on time to office.

It's summer time here. The weather has been so cruel. Suddenly I miss rainy days. I miss Baiti too. Thought about her last night. Can't remember what about her I was thinking about. Still keeping my promise to pray for her each time I pray.
My desk today

Work today is a bit hectic but no stress as always. Boss is awesome, colleagues are all fun to work with, so I am super happy and ultra grateful. LOL


Post ni memang total ramble. Apa aku terfikir aku taip je. Kreativiti dah abis semalam.. ehehe...

Till next post!


Monday, June 9, 2014

Aku Pendosa


Cinta terbit dari hati yang dipenuhi kasih sayang
Cinta hadir dalam hidup mereka yang bebas dari bayang-bayang
Tanpa cinta hidup tak akan bisa tenang
Aku pendosa pengejar harta yang pasti akan hilang

Aku caba memenuhi hati ini
 Dengan cinta pada Pencipta abadi
Kepada Rasullah yang amat dirindui
Supaya hidup ini tidak lagi sepi
Merindu sesuatu yang tidak pasti
Kini ku sedar bahawa Dia peduli 
Tentang setiap yang terdetik dalam sanubari

Hidupku dulu umpama layang-layang yang putus talinya
Terbang bebas tanpa destinasi yang nyata
Hingga aku diduga Si Pencipta
Mengingatkan ku supaya jangan alpha
Dia mengawasi gerak laku kita sentiasa

Jangan fikir kita keseorangan
Hati sepi kekosongan
Tiada berteman 
Penuh sejarah dan kenangan indah tersimpan
Fikiran khayal hilang lah iman

Aku masih belajar untuk berdikari
Memohon kekuatan dari Ilahi
Untuk melupakan hal duniawi
Tiap kali aku berdiri sendiri
Di atas sekeping sejadah bukanlah permaidani
Menangis merayu agar diterima taubatku ini


Khayalan Ku


Engkau hadir dalam jagaku 
Membuat aku terpaku
Jasadku terdiam kaku 
Namun, hatiku jadi tak menentu
Dan aku mengaku
Nafas yang ku hela hanya untuk mu

Dirimu gagah umpama pahlawan
Hatimu lembut peribadi menawan
Senyummu indah bak rupawan
Hatiku tertawan dek peribadimu yang indah tiadah terlawan

Aku ingin sekali merasai nikmat dirindui
Menikmati rasa dicantai
Mengecap kasih sayang abadi
Dan aku pasti satu hari diri ini akan sayangi
Hati ini akan mencintai
Khayalan ini menjadi realiti

-FFF-





Nescafe Latte Caramel

Dekat Festival City Ahad lepas dorang dok bagi free coffee. Nescafe baru launch new product la kot. Its Nescafe Latte Caramel. Jom kita review sikit.

I am an avid coffee lover. I have tried a lot of coffee except  espresso shot. muahahah... takut pahit. Aku jenis minum je semua coffee ikut mood haritu. Kekadang aku suka black coffee with sugar but most of the time aku suka latte. Sugar and milk. Miam!

Typical lady kot aku ni. Kalau minum coffee nak yg sweet and creamy. Latte caramel ni memang suit my tastebud cumanya, its too sweet. Maybe because dia ada sugar and also caramel? I don't know.

I can drink it fine tapi kena letak banyak air untuk kurangkan kemanisan. Bila letak banyak air pulak, caffeine dia diluted. So... for me personally, its nice. Different from other nescafe product especially because dia ada foam... interesting kan. So, pergilah try.

Aku beli aritu RM10 je. The sales person kata retail price shoudl be around RM12-13. Will I be buying this again? Perhaps not... Tak cukup kick la. :epas minum, rasa drowsy. Apa cer?

Sorry nescafe fans...Boleh try, but not a fan.

Running Girl vs Malaysian

Alkisah kejadian semalam. Hari Ahad adalah hari bermalasan, tapi adik aku nak jugak keluar cari barang. Memandangkan cuaca panas, duduk rumah rasa macam dalm sauna, aku pun keluar la ke Festival City dengan adik and anak buah aku yang 2 tahun tu.


From the start, aku realise that today is going to be a special day coz aku lupa nak bawak handphone. Well, aku tak la attach sgt dgn phone ni. Most of the time, the phone is only for social media purposes. Instagram la Facebook la. Aku tak la anxious sgt when the phone is not with me. At least I know that it is safe at home.

Back to the story, masuk je kereta, si budak Rayhan terus tido. Kena air cond sejuk kan, syok la nak tido. Bila sampai je Festival City, adik aku suruh aku tinggalkan handbag aku dalam kereta and aku bawak purse je so that both of us tak bawak banyak sgt beg and she can carry her son whilst I carry her handbag. I was like, fine la. Handbag ni utk simpan aku punya junk je pun. So, I put my handbag dalam trunk and we went in.

Agenda pertama, cari makan then since batuk aku melarat pulak aritu, aku lari pergi farmasi beli peppermint drops. Sebabkan tekak aku gatal sampai aku rasa nak garu dengan garpu, aku beli 3 jenis. Strepsils (useless), woods (good) and ubat batuk cap kelapa laut (awesome).

Lepas makan kt Chicken Rice Shop, kami ke Parkson untuk cari handbag, Handbag aku dah usang sgt. Tahap wajib tukar dah. Well, that's me. Selagi benda tu tak menyakitkan mata, selagi tu la aku lanyak. Unlike most ladies, aku akan pakai 1 handbag je. Skill mengumpul handbag memang takde. Bakal husband aku memang bertuah la dapat wifey camni. muahahah...


Nak dijadikan cerita, lepas membeli belah, Rayhan buat perangai. Maybe sebab dia mengantuk. Dia berguling-guling dalam Parkson and minta ibu dia belikan dia handbag juga. Pening wooo jaga anak lelaki ni. Since dia da mengamuk sakan, aku kena pegang handbag ak dia, handbag baru aku and all other stuff. Turun pergi car park, bayar parking then masuk kereta. Ke NSK pula coz adik aku nak beli barang untuk birthday party anak2 dia. Sampai NSK aku realise yang purse aku is nowhere to be seen. Mula la gelabah. Cari 1 kereta tak jumpa2. So we decided to return to Festival City.

We backtrack our previous routes tak jumpa jugak. I know I must have drop it at the car park because I was struggling nak buka pintu kereta time tu. Ada kereta yang bijak sangat park rapat giler sampai nak buka pintu pun payah. After searching the carpark, kteorang pergi kat concierge. Sampai je sana kteorang nampak ramai sangant orang near the counter and I saw my purse!. I was like, thank God! The people are looking for my business card to contact me. They were also counting my money just for their record. I was like do whatever. I am just thankful that they found my purse. I was so worried coz I have a debit card inside the purse and my IC.

I thank the aunty profusely for returning my wallet. She is a Chinese lady and her son saw my purse at the car park. I know that there are many good Malaysians around. Well, my adventure did not ends there as after I found my purse, I decided to cool of my nervous energy at Dr. Cafe. Guess what, after cooling off, I realize I don't have my car keys with me.



I ran to the concierge, search the sofa in the cafe where we sat. Couldn't find it. My sister even made me go back to my car, as she said the keys might still be on the ignition. I don't think I was that careless, but I went to the car. Its locked.

Then I decided to ask the barista at Dr. Cafe. Oh well, there was my keys in the safe hand of the barista. Sabar je la... Penat berlari sana sini. The lesson is, keep everything inside your handbag, for goodness sake!

The end.

Wednesday, June 4, 2014

Selamat Pengantin Baru

31/5/2014 adikku Siti Fairuz telah selamat diijab kabulkan dengan suaminya Shon Hambali aka Faisol Hambali. As her sister, I am super happy. As one of the runner of the day, I was super exhausted! This is not the post to whine so let's move on shall we.

This is our family 2nd wedding ceremony. The first one was held almost 4 years ago. This time around, its a whole different story and drama. To cut things short, weddings are serious business people. Before you decide to get married, you not only have to be decisive, you must also be physically and mentally fit on the day itself coz dramas are everywhere.


Enough said, let's look at some pics of the wedding that I managed to steal from FB and IG.




As you can see, not that many pics of us together since all of us were running around like headless chicken trying to make sure that everything was where they supposed to be according to the bridezila...

Due to the overwhelming drama and disasters surrounding the whole event, my youngest sister and I decided to combine our wedding ceremony (hopefully we could cut the costs and the drama in half). Let's pray that both of us will meet our Mr. Right soon.

Amen!

Gratitude List No. 18

Had a nice weekend with my other half. I had been planning to meet him and the Universe just give me exactly what I want. I am so grateful f...