Wednesday, August 20, 2014

Buatmu Baiti


Malam ini sepi
Aku terkenang kembali
Kenangan menggamit memori
Si dia bernama Baiti

Coretan dari hati
Hati ini merindui
Hati ini mengingini
Agar kau kembali 

Sesuatu yang suci
Kurniaan Illahi
Untuk aku nikmati
Tapi aku lupa syukuri
Sampai saat kau pergi
Tiada berganti

Kini aku sepi
Menangis sendiri
Memohon Ilahi
Agar ketemu lagi
Di Jannah nanti


Apa Hak Kita?

Nak tau apa hak kita?
Tau dulu siapa kita
Siapa cipta kita?
Kenapa kita di sini?
Lepas tu tanya semula
Apa hak kita?

Banyak nikmat Tuhan beri
Pernah tak kita syukuri?
Doa pohon itu ini tiada henti
Tak mengapa Tuhan sukai 
Mereka yang sedar diri
Kita kurang serba-serbi
Janji Tuhan tak mungkin dimungkiri
KepadaNya kita sandari
Segala harapan dalam benak hati

Hak kita kepada Allah perlu diutama
Hak kita kepada ibu bapa dan keluarga
Paling penting, hak kita pada diri sendiri
Hati, fikiran, tubuh yang dikurniakan harus dijagai
Tingkah laku serta akhlak dan moral harus diperhati
Semoga hidup kita sentiasa diberkati Ilahi



Friday, August 1, 2014

Moments Raya 2014 dan Salam Kosong-Kosong

First of, today hari raya ke-5. So, masih boleh ucap selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada semua...

Tahun ni ada salam baru. Namanya salam kosong-kosong. Mungkin bersempena dengan World Cup yag baru abis ni diorang came up with salam kosong-kosong. Aku paham apa maksud salam kosong-kosong tapi aku just rasa salam ni tak sesuai diucapkan waktu raya. Unsur-unsur Islam dan kemelayuan dah takde bila kita pakai salam kosong-kosong ni.

Gila old skool aku ni kan? Aku bukan old skool k. Aku semua ok je. Change is good tapi if it is not broken, no need to fix it la. What is wrong with maaf zahir batin? Its perfect!

Raya tahun ni lebih kurang sama jer macam tahun-tahun lepas. Cuma yang lainnya, aku tahun ni jadi anak tunggal. Adik 2 orang dah kahwin so banyak spend time ngan family dorang, kemudia yang bongsu pulak beraya kat London dengan kawan2 jadinya tinggal la aku dengan my parents. Amazingly raya kali ni punya sesi memasak tak haru biru sangat. Semua dapat disiapkan on time walaupun yang ada kat umah time tu hanya aku, mak and ayah and sometimes Yus yang busy menyiapkan order biskut raya kat kedai.

Apa pun aku bersyukur sangat sebab diberi peluang berhari raya tahun ni. Ok lah. Takde idea nak tulis apa lagi..Enjoy the pictures, moments raya 2014
.





Gratitude List No. 3

Malaysian just had a long weekend last week. 3 days off from work meaning a lot of time on my hand. Had a whole day to my self on Friday. Cl...