Mati Itu Pasti

Aku tak tau kenapa, dari aku kena admit haritu sampai ke hari ini asik terfikir pasal mati je. Tak cukup dengan pemergian sahabat baik aku, kemangkatan Sultan Perak dan last week aku dapat tahu yang anak jiran sebelah rumah sewa aku dulu juga telah meninggal dunia sebab kanser begitu juga  dengan abang kepada sahabat aku yangtelah meninggal dunia walaupun usianya masih muda.


Death surrounds us everyday, whether we know it or not. Berita-berita mengenai pemergian mereka semua mengingatkan aku bahawa manusia boleh pergi menghadap Illahi pada bila-bila masa sahaja. Do you know when you are going to die? No one does except orang yang beriman yang diberikan petunjuk 100 hari sebelum dia mati.


Aku masih berusaha untuk menjadi orang yang beriman. Aku tak pasti sama ada amalan aku diterima Tuhan atau tidak, tapi aku akan teruskan usaha sehingga nafas aku yang terakhir.Aku rasa semua orang patut bersedia untuk mati sebab itu sahaja yang pasti dalam hidup kita ni.

Aku bukanlah alim ulama bukan juga guru agama. Baca Quran pun masih merangkak-rangkak. Banyak lagi yang harus aku pelajari dan aku harap Tuhan bagi aku masih yang secukupnya untuk mempersediakan diri aku menghadapi mati. Dalam masa yang sama, aku akan cuba untuk menikmati kehidupan di dunia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana setiap hari adalah satu anugerah yang dikurniakanNya.

Alhamdulillah...


Comments

Popular Posts