Monday, June 16, 2014

Buffet Ramadhan

Memandangkan Monday blues tak semena-mena melanda hari ni, blog ini berjaya diupdate dengan penuh jaya sekali.

Banyak blogger sedang review buffet Ramadhan dekat hotel and restoran....Semua review sama je kot. Bagitau banyak pilihan, sedap, murah and kena tempah awal untuk dapat harga murah. Ikut pengalaman aku, bulan Ramadhan adalah bulan yang aku sangat tak boleh makan banyak. Walaupun makan tak berapa banyak, berat tak menurun jugak.

Bila dah seharian menahan lapar dan dahaga, bila masuk buka puasa, aku akan makan untuk alas perut je. Malam sikit baru makan lebih sket. Aku pun tak tau kenapa aku macam tu. Oleh yang demikian, buffet ramadhan adalah sesuatu yang sangat membazir bagi aku la... Jadi, if orang tak ajak aku berbuka buffet style pun takpe. Buat rugi je bawak orang tak kuat makan cam aku ni.

Tahun ni akan berpuasa di Kajang. Tak pasti lagi bazar Ramadhan dia kat mana. Biasanya aku akan cari kueh je. Makanan aku lagi suka masak coz kita tak tau orang-orang kat bazar tu start masak lauk dia pukul berapa kan.Aku cakap ikut pengalaman coz pernah satu tahun tu aku tolong makcik akau masak untuk berniaga kat pasar Ramadhan. Biasanya kita akan start masak pagi tak pun tengah hari. Makanan kekadang terdedah kat pasar tu. Lalat hinggap, bertelur la etc. semua tu menempah tiket percuma ke toilet okeyh....

Ok, aku dah lari tajuk...Teringin juga nak bawa family pergi buffet Ramadhan. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku akan bawa dorang pergi....

No comments:

Gratitude List No. 10 - Public Holiday in Malaysia

Malaysians are just blessed. Due to our diversity and respect to every race and religions in this country, we are rewarded with various publ...