Tuesday, June 24, 2014

Tenang Di Sini


Hati aku dipenuhi bunga-bunga cinta pada pagi ini... Terasa lapang, gembira, ceria, berwarna-warni dan penuh kesyukuran... Alhamdulillah...

Malam tadi aku diberi petunjuk sekali lagi.. Petunjuk yang mengatakan bahawa Tuhan mendengar dan mengetahui setiap yang aku doakan dan telah menyediakan yang terbaik untukku. Pagi ini terasa seumpama satu beban besar telah diangkat dari bahu aku sebab tu aku rasa ringan jer hari ini...


Aku tidak tahu dengan mendoakan kesejahteraan mereka yang ada disekeliling kita dapat membuatkan kita rasa begitu bahagia sekali. Mungkinkah kerana apabila kita mendoakan untuk orang lain, ada malaikat yang mendoakan perkara yang sama untuk kita? Mudah-mudahan begitu lah hendaknya....


Semoga kegemniraan yang ku rasakan akan berkekalan sepanjang hayatku...

Images from Google

No comments: