Wednesday, June 18, 2014

Alam Ghaib

Hari isnin update blog dengan penuh kencang. Hari Selasa idea mula kering kontang. Hari Rabu kerja berlambak macam gila kentang. Tak tau dah apa nak sembang.

Kat atas tu aku tak pasti la pantun ke syair ke apa kan. Yang pasti, aku memang tengah takde idea. Banyak je isu nak share. For example semalam aku belajar pasal Qarin. Aku tak tau pun kita dilahirkan dengan 1 jin kafir yang dinamakan Qarin. Jin ni jadi pendamping manusia sampai kita mati. Jin ni bergantung hidup pada setiap amalan dan perbuatan kita. Kalau banyak benda haram kita buat, makin gemuk la jin tu. Kalau banyak amal ibadat kita lakukan, makin kurus la jin tu.

Alam ghaib memang menarik minat aku sejak kecik lagi. Masa zaman sekolah, aku relax je baca buku Tamar Jalis memalam buta. Recently, masa aku sakit, ada pendapat yang mengatakan aku kena gangguan jin. Masa tu aku tak ambil port sangat lah coz doktor dah bagitau secara jelas penyakit aku ni sakit fizikal. But then again, apa yang doktor tahu pasal gangguan jin yang biasanya akan efek rohani seseorang kan?

Banyak benda baru aku belajar lepas aku duduk lama kat hospital aritu. Aku ada dengar cerita yang dad orang yang Allah bukakan hijabnya maka dia boleh melihat malaikat yang berada disekeliling kita. Memikirkan segala perbuatan kita dicatat membuatkan aku ingin berusaha untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat. Kini, mengetahui pula adanya jin yang hidup disamping kita membuatkan aku ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai dunia jin.

Disebabkan beban kerja semakin ringan dengan adanya intern kat department aku ni, aku pun buat la research sket. Jin dijadikan Tuhan dari api kalau tak silap aku. Kalau nak tau banyak pasal Jin better baca Quran kot.Dalam Quran ada banyak cerita pasal jin. Salah satu cerita paling popular adalah doa Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan yang belum pernah ditadbir oleh manusia. Doanya dimakbulkan Tuhan dan Tuhan memberikan mukjizat kepada Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan jin. Menarik bila mengetahui bahawa jin mempunyai kerajaan. Basically, alam jin dengan alam manusia sama kecuali jin boleh nampak manusia tetapi manusia tak boleh nampak jin dan kita hidup dalam satu dunia yang sama cuma di alam yang berbeza.

Dalam kerajaan jin, wujud bangsa yang berbeza, agama yang berbeza dll... Ada jin islam, jin kafir, jin penunggu gunung, gua, laut, sungai. They are everywhere... Mungkin sebab itu Tuhan letakkan mereka di alam ghaib, tertutup dari pandangan manusia biasa. Kalau kita semua boleh nampak jin, aku rasa huru hara dunia ni jadinya.

Len kali lah aku sambung cerita alam ghaib ni ok. InsyaAllah




No comments: