Wednesday, July 23, 2014

Hikmah di Sebalik Kekejaman Zionis Israel di Gaza Untuk Ku

Setelah sekian lama aku meninggalkan FB dan mengaktifkan diri di IG, kini aku kembali ke FB... Updates dari page Aman Palestine dan Aqsa Syarif adalah posts yang dinanti-nanti. Apart from that, pelbagai video yang sedih, menyayat hati turut dikongsikan...

Hari ni aku tengok satu video. Seorang kanak-kanak yg tak pasti samada berada di Syria ataupun di Palestine melaungkan kata-kata semangat kepada saudara dan para sahabatnya. Mengingatkan mereka mengapa perlunya mereka berperang. Mengapa mereka sanggup mati.

Kanak-kanak kecil itu begitu yakin, begitu suci, begitu ikhlas semasa mengucapkan kata-katanya. Walaupun air matanya menitis, suaranya tetap lantang mengatakan kekejaman yang diperlakukan kepada mereka pasti akan dibalas. Ya Allah...

Aku pasti Tuhan telah mengurniakan kesabaran, keteguhan iman derta keberanian luar biasa kepada semua umat Islam yang sedang diduganya. Air mata aku mengalir semasa menontot video tersebut. Terasa diri ini begitu lemah jika dibandingkan dengan semangat anak kecil itu.

Vidoe-video sebegini membuatkan aku lebih bersungguh-sungguh di dalam doa-doaku.. Aku masih lagi memperbaiki lagi rasa khusyuk dalam solat. Aku kini berusaha untuk solat pada awal waktu. Cuba untuk menyempurnakan setiap ibadahku supaya ianya diterima Allah.

Aku sedar aku adalah hambanya yang sentiasa berdosa. Aku belum lagi menjadi Muslim yang sebenarnya. Namun aku akan pastikan yang aku adalah seorang Muslim yang lebih baik dari aku yang semalam... InsyaAllah...

Tujuan tulisan aku mengenai ibadahku di blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Aku memohon kepada Tuhan agar aku dijauhi dari sifat ujub.. Tulisan ini bertujuan sebagai peringatan kepada diri sendiri. Sekiranya aku tergelincir dari landasan sekali lagi, ini adalah peringat buatku bahawa aku pernah mempunya semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri. Aku tidak harus berputus asa kerana Allah tidak pernah melupakan hambanya... Siapalah aku untuk tidak mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku?

No comments: