Friday, July 11, 2014

Tergelincir Dari Landasan

Sebagai seorang  manusia biasa, aku tak boleh lari dari melakukan silap, salah, dosa. Apabila berada dalam bulan puasa yang oenuh keberkatan ni, aku sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, namun segala-galanya terasa berat sekali.

Hari ni masuk hari ke 13 umat Islam di Malaysia berpuasa, dan aku masuk hari ke-9. Aku cuba sedaya upaya menyempurnakan amalan ku yang wajib dalam bulan puasa ni sebelum sibuk merebut puasa ibadat sunat. Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk turut bertaraweh di Kajang dan masjid di rumah lama serta surau di kampung.

Tak dapat aku nafikan, minggu ni aku seperti tergelincir dari landasan. Aku tak salahkan sesiapa hanya diri sendiri. Iman dalam dada masih belum kukuh, aku masih mudah tunduk pada nafsu. Minggu ni aku rasakan seakan Tuhan semakin menjauhi aku. Perasaan sedih, bersalah, lemah bercampur baur menyebabkan hati aku tidak tenang.

Tatkala hati ini meronta, aku baca Quran, Yassin dan berzikir sebanyak yang perlu. Ya Allah semoga ditetapkan imanku dan diperkukuhkan ketaqwaan ku. Kau tenangkanlah hatiku ini...

Aku rasakan jalan menuju ke Jannah semakin mencabar untukku. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.

No comments:

Gratitude List No. 10 - Public Holiday in Malaysia

Malaysians are just blessed. Due to our diversity and respect to every race and religions in this country, we are rewarded with various publ...