Monday, October 22, 2012

Obses dengan kahwin

Sorang kawan aku share gambar ni kat FB tadi.


Sangat konfius dengan public announcement ni and aku sangat2 rimas dengan orang yang sibuk tanya pasal kawin and orang yg sgt risau dorang tak kawin2. 

Aku mengaku, aku dulu sibuk fikir pasal kahwin. Masa tu aku ada bf la. We talk about marriage etc. Masa tu umur aku around 25 kot. Tp, jodoh tak sampai. So, fasa aku obses dengan perkahwinan dah berlalu. Dalam kepala aku, kalau ada jodoh, tak kemana. Byk lagi benda lain yang aku nak fikir selain pasal kahwin.

Sekarang fasa aku fobia dengan alam perkahwinan. Pasangan tak setia, pasangan tak pandai jaga kewangan family, pasangan yang agresif and tak sensetif. Takot woo...

Aku penah bincang benda ni ngn sorang kenalan. Dia dah berumur sket, dah bercerai. Dia kata, kalau kita tak cuba, kita tak tau. Dia kata, pengalaman orang lain mungkin tak sama dgn pengalaman kita.

Betul juga kata dia tu kan. Tapi aku ni degil sgt. Bila melihatkan life orang lain yg dekat ngn aku sengsara merana, buat aku fobia betul. Post kat FB macam bahagia sgt, sambut anniv la, shopping sama2, dating, dalam hati pasangan masing2, menyimpan sejuta rahsia. Yang pahit ditelan senyap.

Tapi ada gak yg tak tau malu, bercerita kat FB. Gaduh ngn bini nak bgtau satu dunia. Taktau la naper orang2 cmni ada FB. Biuat malu family je.

Ok la. Dah byk merepek arini. Sambung esok pulak. Nak balik baca kes untuk meeting esok. Ades...






No comments:

Gratitude List No. 10 - Public Holiday in Malaysia

Malaysians are just blessed. Due to our diversity and respect to every race and religions in this country, we are rewarded with various publ...