Bahana Paintball

Sabtu lepas, 12/11/2011 buat julung-julung kalinya telah berlangsung aktiviti paintball anjuran ofis aku. Seramai 11 org ahli keluarga firma JGA hadir tetapi hanya 10 saja yg bermain. (Ayat pengenalan, skema tak ingat punya lah!)

Ok ok.. aku unskemakan diri kejap..

Google Image

Kteorg main kat Mudtrekker Kuang Sg. Buloh. Mmg muddy! Mlm tu hujan, pagi tu hujan, main dlm hujan. Mmg selamat la baju, kasut semua. Nasib baik takde pacat.



Kat lengan kiri kena tembak 4 kali

Badan aku lebam-lebam, kaki tangan lenguh2.. Ikut kiraan aku, aku kena tembak sebanyak 7 kali. Sekali tu peluru kena badan tp tak meletup. Sakit giler!

Main 5 round. 1 round je aku kena tembak. hahahah... Pakar menyorok aku ni..

Pengajaran dari aktiviti ni adalah seperti berikut:

1. Jangan main paintball dengan lawyers. Dorang mmg tak reti ikut rules. Buat penat je buat guideline before game start, bila game mula je, buat rules masing2...

2. Paintball adalah game yg sgt best utk teambuilding. Kalau korang dah ada team, tp kerjasama, relationship korang sucks, paintball adalah aktiviti yang bagus untuk balas dendam.

3. Kalau nak main paintball, sila pki t-shirt yg tebal sket, seluar pakai la beberapa lapis. Aku yg pki jeans pun bleh lebam kat kaki. Tension je.

4. Main ngn kawan2 ag best dari main ngn org2 tua yang pk nak menang je. Giler btol.

Ok. Dah abis mengarut dah arini. Sambung lain ari plak.

Comments

Popular Posts