Wednesday, July 23, 2014

Hikmah di Sebalik Kekejaman Zionis Israel di Gaza Untuk Ku

Setelah sekian lama aku meninggalkan FB dan mengaktifkan diri di IG, kini aku kembali ke FB... Updates dari page Aman Palestine dan Aqsa Syarif adalah posts yang dinanti-nanti. Apart from that, pelbagai video yang sedih, menyayat hati turut dikongsikan...

Hari ni aku tengok satu video. Seorang kanak-kanak yg tak pasti samada berada di Syria ataupun di Palestine melaungkan kata-kata semangat kepada saudara dan para sahabatnya. Mengingatkan mereka mengapa perlunya mereka berperang. Mengapa mereka sanggup mati.

Kanak-kanak kecil itu begitu yakin, begitu suci, begitu ikhlas semasa mengucapkan kata-katanya. Walaupun air matanya menitis, suaranya tetap lantang mengatakan kekejaman yang diperlakukan kepada mereka pasti akan dibalas. Ya Allah...

Aku pasti Tuhan telah mengurniakan kesabaran, keteguhan iman derta keberanian luar biasa kepada semua umat Islam yang sedang diduganya. Air mata aku mengalir semasa menontot video tersebut. Terasa diri ini begitu lemah jika dibandingkan dengan semangat anak kecil itu.

Vidoe-video sebegini membuatkan aku lebih bersungguh-sungguh di dalam doa-doaku.. Aku masih lagi memperbaiki lagi rasa khusyuk dalam solat. Aku kini berusaha untuk solat pada awal waktu. Cuba untuk menyempurnakan setiap ibadahku supaya ianya diterima Allah.

Aku sedar aku adalah hambanya yang sentiasa berdosa. Aku belum lagi menjadi Muslim yang sebenarnya. Namun aku akan pastikan yang aku adalah seorang Muslim yang lebih baik dari aku yang semalam... InsyaAllah...

Tujuan tulisan aku mengenai ibadahku di blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Aku memohon kepada Tuhan agar aku dijauhi dari sifat ujub.. Tulisan ini bertujuan sebagai peringatan kepada diri sendiri. Sekiranya aku tergelincir dari landasan sekali lagi, ini adalah peringat buatku bahawa aku pernah mempunya semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri. Aku tidak harus berputus asa kerana Allah tidak pernah melupakan hambanya... Siapalah aku untuk tidak mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku?

Tuesday, July 22, 2014

Tangisan Palestine

Sudah hampir 2 minggu Palestine diserang Israel. Public outcry berlaku hampir diseluruh dunia. Banyak perhimpunan solidariti bersama Gaza diadakan. Sokongan rakyat dunia kepada Palestine sungguh mengkagumkan SubhanaAllah!

Kalaulah mereka yang berhimpunan ini diberikan senjata dan kesemuanya di hantar ke Gaza, aku yakin tentera Israel akan dibunuh beramai-ramai. Mereka begitu kejam terhadap rakyat Palestine. Sudah terlalu banyak darah umat Islam yang tidak berdosa tumpah di bumi itu. Gambar-gambar mayat si kecil menghiasi newsfeed mukabuku setiap hari.

Hati ini sebak, luluh melihat penderitaan mereka, Hanya doa sahaja dapat aku sumbangkan untuk mereka. Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran untuk mereka dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan Tuhan buat mereka. Semoga mereka yang syahid ditempatkan bersama para Syuhada di dalam syurga yang abadi.

Di sini aku ingin melahirkan sedikit rasa kekecewaan. Seperti yang aku mention tadi, penduduk dunia membantah serangan Israel keatas Gaza. Mereka berhimpun, meluahkan perasaan di media sosial dan banyak lagi. Namun, di Malaysia hanya sedikit rakyat Malaysia yang betul-betul ambil berat mengenai isu di Gaza dan rata-ratanya adalah umut Islam. Bagaimana dengan rakyat bukan Islam di Malaysia? Di mukabuku aku, hanya ada seorang kawan berbangsa Cina yang berkongsikan post mengenai situasi di Palestine. Yang lain-lain senyap atau cuma meletakkan post seperti melepaskan batuk ditangga selepas aku menemplak sikap tak endah mereka di mukabuku.

Yang berhimpun di Jepun, New Zealan, Chicago, Scotland, Sweden kebanyakkan bukan orang Islam pun. Mereka berhimpin atas dasar perikemanusiaan. Sedih sekalai kerana masih ramai lagi yang sanngup tutup sebelah mata, memekakkan telinga dan terus tidak mengendahkan berita-berita yang menyayat hati ini. Mungkin Tuhan yang tutupkan hati mereka dari mengambil iktibar dan petunjuk dari apa yang sedang berlaku di Gaza.

Video-video kanak-kanak yang terselamat dalam runtuhan bangunan-bangunan cukup untuk menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan Allahuakbar! SubahanAllah...

Cukuplah luahan perasaan untuk hari ini. Hati ini sedih, cukup sedih. Namun aku yakin, janji Allah itu pasti. Umat Islam akan menang. InsyaAllah!

"When God is with you, nothing can go against you"


Monday, July 14, 2014

Hair Cut

Semalam I made a bold move of cutting my hair really really short. The last time, I had such haircut was when I was very very young. Probably I was 9 years old. I had thick hair and my mom just had enough of hair on her hands at that time I guess. So she decided to make me get a boy-cut.

I am never the type of person who cry over short hair. But when I first cut it so short, I told my mom dat I need to wear tudung to school just to cover it. Definitely not the right reason to wear tudung but yeah, that's what happened.

Now since I am now a hijabista, single, unmarried so I thought, who cares how my hair looks like. Its not like anyone apart from my family is going to see it right? So, bye bye long frizzy, curly hair and hello short and sexy hair do.

I don't look bad. I actually love my new do so much that I want to keep it as short as possible all the time. My head feels lighter and according to mom, I will save some money on shampoo...

p/s: got so many things to blog about but.... its Monday, I am sleepy and tired and lazy. so.... till then!


Friday, July 11, 2014

Tergelincir Dari Landasan

Sebagai seorang  manusia biasa, aku tak boleh lari dari melakukan silap, salah, dosa. Apabila berada dalam bulan puasa yang oenuh keberkatan ni, aku sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, namun segala-galanya terasa berat sekali.

Hari ni masuk hari ke 13 umat Islam di Malaysia berpuasa, dan aku masuk hari ke-9. Aku cuba sedaya upaya menyempurnakan amalan ku yang wajib dalam bulan puasa ni sebelum sibuk merebut puasa ibadat sunat. Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk turut bertaraweh di Kajang dan masjid di rumah lama serta surau di kampung.

Tak dapat aku nafikan, minggu ni aku seperti tergelincir dari landasan. Aku tak salahkan sesiapa hanya diri sendiri. Iman dalam dada masih belum kukuh, aku masih mudah tunduk pada nafsu. Minggu ni aku rasakan seakan Tuhan semakin menjauhi aku. Perasaan sedih, bersalah, lemah bercampur baur menyebabkan hati aku tidak tenang.

Tatkala hati ini meronta, aku baca Quran, Yassin dan berzikir sebanyak yang perlu. Ya Allah semoga ditetapkan imanku dan diperkukuhkan ketaqwaan ku. Kau tenangkanlah hatiku ini...

Aku rasakan jalan menuju ke Jannah semakin mencabar untukku. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.

Thursday, July 3, 2014

Puasa oh Puasa

Orang dah berpuasa selama 5 hari termasuk hari ni. Yang aku baru dibolehkan berpuasa. Puasa yang agak berbeza tahun ni. Berpuasa di Kajang. Masih tak tau kat mana letaknya bazaar Ramadhan, surau, masjid etc...Nasib baik lah Company ni bagi subsidi makanan ... So, ada lah makanan nak bawak balik kalau dah malas sgt nak tapau or masak.


Rasa a bit lost. Pastu, sejak dua menjak ni aku agak emosi la bila aku lapar. Sangat takde mood nak layan kerenah orang yang pelik2. Akibatnya, intern aku yang banyak tanya soalan ni jadi mangsa.

Aku betul2 try nak control perasaan kelakuan aku supaya aku ak menyakitkan hati sesiapa. SubhanAllah...susahnya... Nak kata hasutan syaitan, mana ada syaitan. Tapi kena aku cepat rasa fed up time2 puasa ni?

Malam tadi tak berapa lena nak tidur...Bila dah lelap malas nak bangun sahur. Padahal dah set alarm, dah terjaga tapi nak angkat kepala dari bantal tu punya la berat.... Allahuakbar...

Perkara-perkara ni mudah je aku lakukan sebelum bulan Ramadhan hari tu. Kenapa sekarang perasaan malas tu banyak sangat.. Dugaan oh dugaan....

Semoga aku diberikan kekuatan untuk menyempurnakan ibadat puasa pada Tahun ini.....InsyaAllah!

Monday, June 30, 2014

Ujian Allah...

Setiap hari samada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya diuji Allah. Kebanyakkan masa kita hanya ingat pada ujian Allah apabila kita berada dalam kesakitan atau kesusahan sahaja. Sebenarnya, sewaktu kita senang juga kita diuji Tuhan Yang Maha Esa.Sewaktu kita senang Tuhan ingin lihat adakah kita ingat kepadaNya sewaktu kita senang, sewaktu kita gembira? Adakah kita mensyukuri segala nikmat pemberiannya?

Hari ini terlihat post kurang ceria dari seorang kenalan. Bunyinya seperti dia berada dalam kesusahan. Dalam diam ketika aku menatap updatenya di komputer aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala kesusahannya dan membantu dia menghadapi apa juga dugaan yang tersedia untuknya.


Aku sedang membaca buku ini sekarang. Aku jarang sekali membaca buku bahasa Melayu apatah lagi bacaan yang berunsur keagamaan, namun semenjak aku keluar dari hospital, diriku seolah-olah dahagakan ilmu agama, ilmu ketuhanan. Aku menyedari yang aku telah lama tidak mengisi rohaniku dengan bacaan-bacaan ilmiah sebegini. Betapa teruk aku telah menzalimi diri aku sendiri. SubhanAllah!

Gaya tulisan penulisan ini sangat bersahaja. Isinya jelas, straight to the point. Mudah difahami, relate-able. Aku kagum dengan ketetapan niat penulis dan isterinya untuk berhijrah ke Madinah. Kenapa aku tidak punya keinginan seperti itu? Mungkin kerana aku belum lagi sampai ke kota Madinah. InsyaAllah, hujung tahun ini, aku dan parents akan mengerjakan umrah. Semoga aku menemui keberkatan dan keredhaan Allah.... 

Friday, June 27, 2014

Selfie

Siapa yang tak pernah ambil gambar selfie? Angkat kaki cepat!

Tadi terbaca headline berita kata ada someone dies after taking a selfie... Baca headline je la. Camne dia mati sebenarnya, aku tak tau la plak.

Selfie ni bukan benda baru. Sebelum wujud perkataan selfie pun orang dah post gambar diri sendiri kat FB. Sekarang ada pulak instagram, lagi ramai la orang berselfie dan update gambar kat ig termasuklah aku... Walau bagaimanapun, aku try la nak limitkan selfie aku tu to at most 5 pics a day. Ni utk selfie k. Post gambar makanan 100 kali pun takpe. Selfie tak leh banyak sgt la, segan... eheheh...

Mengupdate blog masa tengah busy dengan AGM bagai... adei.... Terusha ig sorang mamat ni, memang kebanyakkan post dia adalah selfie, but he's a dude... Nape aku takleh terima lelaki camtu? What is wrong with me? So double standard kan? At least he got the look and he is just confident of his appearence, jadi dia show la to everyone... eheheh.... (argue dgn diri sendiri. so psycho la u)

Kena attend meeting plak. ciow



Thursday, June 26, 2014

Zombie Mode On

Minggu ni dikira minggu yang hectic. Semuanya gara-gara company's AGM dan juga kehadiran Directors dari China yang telah mengganggu keaman department kami yg memang dah sedia busy. Dari minggu lepas lagi aku dengan bos dan mentally prepared nak menghadapi minggu yang sibuk ni. Aku just cakap kat boss, "next week I am on zombie mode" Dia pelik so tanya kenapa zombie mode?


Zombie mode ni aku belajar masa zaman LLB lagi. There will be weeks yang ada back to back dateline, submissions, presentations, tests dan memacam dugaan la. Dah takde kuasa menepis, so kita pakai kuasa zombie la. Harung everything hoping that we survive the week la.

Climax minggu yang panjang ni adalah hari esok yang mana AGM akan diadakan. Rasanya preparation dah siap and harap-harap esok tidak ada kejutan yang bukan-bukanlah...

Hari ni aku bangun agak awal. Minum segelas besar nescafe dulu and sampai je ofis perut lapar gila!. Disebabkan jadual hari ni terlampau pack, memang tak sempat nak jamah apa2. Sampai kol 12 aku tahan lapar and tahan marah. Huhuhu... Bila aku lapar, aku bad mood sikit. So yang menjadi mangsa keadaan is intern aku tu la.

Aku bukan marah dia pun. Sib baik dia lelaki, kalau perempuan, dah cabut kot... Aku cakap dgn nada keras sket je la tadi. Bukan apa, aku bagi dia kerja, banyak pulak soalan dia sepanjang dia nak siapkan kerja tu. Dah rasa macam aku yang buat kerja tu sebenarnya. Adeih...Tak nak ckp banyak sangat pasal benda ni coz aku dulu pun banyak tanya jugak rasanya. Bila mak aku dah malas layan, dia marah aku. hahahah........

Curi masa sket update blog. Semlm ada kat ofis sampai kol 8 kot. Penat nyer arini rasa. Tak tau ada tenaga ke tak nak hadap hari esok.

Semoga dipermudahkan Ya Allah.....

Tuesday, June 24, 2014

True Love

True love is within me, within all of us
True love is to be able to love someone despite all the bullshit that was given in return 
True love is a gift from God blown into our hearts
True love is to be able  to send our good thoughts and love through our prayers
True love should be cherished 
True love can be spread no matter what the distance in between
True love asks for nothing in return
True love might not be able to move mountains but it can soften the hardest hearts
True love shines through the darkest of times
True love is to be able to say goodbye and knows that its not the end




Tenang Di Sini


Hati aku dipenuhi bunga-bunga cinta pada pagi ini... Terasa lapang, gembira, ceria, berwarna-warni dan penuh kesyukuran... Alhamdulillah...

Malam tadi aku diberi petunjuk sekali lagi.. Petunjuk yang mengatakan bahawa Tuhan mendengar dan mengetahui setiap yang aku doakan dan telah menyediakan yang terbaik untukku. Pagi ini terasa seumpama satu beban besar telah diangkat dari bahu aku sebab tu aku rasa ringan jer hari ini...


Aku tidak tahu dengan mendoakan kesejahteraan mereka yang ada disekeliling kita dapat membuatkan kita rasa begitu bahagia sekali. Mungkinkah kerana apabila kita mendoakan untuk orang lain, ada malaikat yang mendoakan perkara yang sama untuk kita? Mudah-mudahan begitu lah hendaknya....


Semoga kegemniraan yang ku rasakan akan berkekalan sepanjang hayatku...

Images from Google

Monday, June 23, 2014

Weekends!!

Cuti hujung minggu yang penuh bersungguh-sungguh yer...In short, I had a fruitful weekends.Alhamdulillah

Last Saturday, I get to help a person in need. Orang tu murah hati pada aku so Tuhan sediakan ruang untuk Tuhan bayar cash kat dia atas segala bantuan dia kepada aku. Aku ni medium je untuk Tuhan curahkan rezeki dia yang maha luas kepada mereka yang dikehendaki...

Pada hari Sabtu juga aku telah diberi nikmat untuk bersolat berjemaah di 2 buah masjid berdekatan Shah Alam. Alhamdulillah, merasa menunaikan Zuhur di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong. Bersih masjidnya. Lapang serta cantik sekali masjid tersebut dibina



Setelah membeli belah pelbagai bahan bacan bagi melengkapi kutub khana peribadi, dengan buku serta majalah pelbagai tajuk, aku diberi kesempatan untuk bersolat di Masjid Biru pula. 


Sahabat yang menemani aku seharian tersebut akan ku ingati dalam doa-doaku... Semoga engaku dirahmati Tuhan dan menjadi seorang insan yang cemerla di dunia dan akhirat. 


Wednesday, June 18, 2014

Alam Ghaib

Hari isnin update blog dengan penuh kencang. Hari Selasa idea mula kering kontang. Hari Rabu kerja berlambak macam gila kentang. Tak tau dah apa nak sembang.

Kat atas tu aku tak pasti la pantun ke syair ke apa kan. Yang pasti, aku memang tengah takde idea. Banyak je isu nak share. For example semalam aku belajar pasal Qarin. Aku tak tau pun kita dilahirkan dengan 1 jin kafir yang dinamakan Qarin. Jin ni jadi pendamping manusia sampai kita mati. Jin ni bergantung hidup pada setiap amalan dan perbuatan kita. Kalau banyak benda haram kita buat, makin gemuk la jin tu. Kalau banyak amal ibadat kita lakukan, makin kurus la jin tu.

Alam ghaib memang menarik minat aku sejak kecik lagi. Masa zaman sekolah, aku relax je baca buku Tamar Jalis memalam buta. Recently, masa aku sakit, ada pendapat yang mengatakan aku kena gangguan jin. Masa tu aku tak ambil port sangat lah coz doktor dah bagitau secara jelas penyakit aku ni sakit fizikal. But then again, apa yang doktor tahu pasal gangguan jin yang biasanya akan efek rohani seseorang kan?

Banyak benda baru aku belajar lepas aku duduk lama kat hospital aritu. Aku ada dengar cerita yang dad orang yang Allah bukakan hijabnya maka dia boleh melihat malaikat yang berada disekeliling kita. Memikirkan segala perbuatan kita dicatat membuatkan aku ingin berusaha untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat. Kini, mengetahui pula adanya jin yang hidup disamping kita membuatkan aku ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai dunia jin.

Disebabkan beban kerja semakin ringan dengan adanya intern kat department aku ni, aku pun buat la research sket. Jin dijadikan Tuhan dari api kalau tak silap aku. Kalau nak tau banyak pasal Jin better baca Quran kot.Dalam Quran ada banyak cerita pasal jin. Salah satu cerita paling popular adalah doa Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan yang belum pernah ditadbir oleh manusia. Doanya dimakbulkan Tuhan dan Tuhan memberikan mukjizat kepada Nabi Sulaiman untuk mentadbir kerajaan jin. Menarik bila mengetahui bahawa jin mempunyai kerajaan. Basically, alam jin dengan alam manusia sama kecuali jin boleh nampak manusia tetapi manusia tak boleh nampak jin dan kita hidup dalam satu dunia yang sama cuma di alam yang berbeza.

Dalam kerajaan jin, wujud bangsa yang berbeza, agama yang berbeza dll... Ada jin islam, jin kafir, jin penunggu gunung, gua, laut, sungai. They are everywhere... Mungkin sebab itu Tuhan letakkan mereka di alam ghaib, tertutup dari pandangan manusia biasa. Kalau kita semua boleh nampak jin, aku rasa huru hara dunia ni jadinya.

Len kali lah aku sambung cerita alam ghaib ni ok. InsyaAllah




Monday, June 16, 2014

Buffet Ramadhan

Memandangkan Monday blues tak semena-mena melanda hari ni, blog ini berjaya diupdate dengan penuh jaya sekali.

Banyak blogger sedang review buffet Ramadhan dekat hotel and restoran....Semua review sama je kot. Bagitau banyak pilihan, sedap, murah and kena tempah awal untuk dapat harga murah. Ikut pengalaman aku, bulan Ramadhan adalah bulan yang aku sangat tak boleh makan banyak. Walaupun makan tak berapa banyak, berat tak menurun jugak.

Bila dah seharian menahan lapar dan dahaga, bila masuk buka puasa, aku akan makan untuk alas perut je. Malam sikit baru makan lebih sket. Aku pun tak tau kenapa aku macam tu. Oleh yang demikian, buffet ramadhan adalah sesuatu yang sangat membazir bagi aku la... Jadi, if orang tak ajak aku berbuka buffet style pun takpe. Buat rugi je bawak orang tak kuat makan cam aku ni.

Tahun ni akan berpuasa di Kajang. Tak pasti lagi bazar Ramadhan dia kat mana. Biasanya aku akan cari kueh je. Makanan aku lagi suka masak coz kita tak tau orang-orang kat bazar tu start masak lauk dia pukul berapa kan.Aku cakap ikut pengalaman coz pernah satu tahun tu aku tolong makcik akau masak untuk berniaga kat pasar Ramadhan. Biasanya kita akan start masak pagi tak pun tengah hari. Makanan kekadang terdedah kat pasar tu. Lalat hinggap, bertelur la etc. semua tu menempah tiket percuma ke toilet okeyh....

Ok, aku dah lari tajuk...Teringin juga nak bawa family pergi buffet Ramadhan. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku akan bawa dorang pergi....