Tuesday, July 22, 2014

Tangisan Palestine

Sudah hampir 2 minggu Palestine diserang Israel. Public outcry berlaku hampir diseluruh dunia. Banyak perhimpunan solidariti bersama Gaza diadakan. Sokongan rakyat dunia kepada Palestine sungguh mengkagumkan SubhanaAllah!

Kalaulah mereka yang berhimpunan ini diberikan senjata dan kesemuanya di hantar ke Gaza, aku yakin tentera Israel akan dibunuh beramai-ramai. Mereka begitu kejam terhadap rakyat Palestine. Sudah terlalu banyak darah umat Islam yang tidak berdosa tumpah di bumi itu. Gambar-gambar mayat si kecil menghiasi newsfeed mukabuku setiap hari.

Hati ini sebak, luluh melihat penderitaan mereka, Hanya doa sahaja dapat aku sumbangkan untuk mereka. Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran untuk mereka dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan Tuhan buat mereka. Semoga mereka yang syahid ditempatkan bersama para Syuhada di dalam syurga yang abadi.

Di sini aku ingin melahirkan sedikit rasa kekecewaan. Seperti yang aku mention tadi, penduduk dunia membantah serangan Israel keatas Gaza. Mereka berhimpun, meluahkan perasaan di media sosial dan banyak lagi. Namun, di Malaysia hanya sedikit rakyat Malaysia yang betul-betul ambil berat mengenai isu di Gaza dan rata-ratanya adalah umut Islam. Bagaimana dengan rakyat bukan Islam di Malaysia? Di mukabuku aku, hanya ada seorang kawan berbangsa Cina yang berkongsikan post mengenai situasi di Palestine. Yang lain-lain senyap atau cuma meletakkan post seperti melepaskan batuk ditangga selepas aku menemplak sikap tak endah mereka di mukabuku.

Yang berhimpun di Jepun, New Zealan, Chicago, Scotland, Sweden kebanyakkan bukan orang Islam pun. Mereka berhimpin atas dasar perikemanusiaan. Sedih sekalai kerana masih ramai lagi yang sanngup tutup sebelah mata, memekakkan telinga dan terus tidak mengendahkan berita-berita yang menyayat hati ini. Mungkin Tuhan yang tutupkan hati mereka dari mengambil iktibar dan petunjuk dari apa yang sedang berlaku di Gaza.

Video-video kanak-kanak yang terselamat dalam runtuhan bangunan-bangunan cukup untuk menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan Allahuakbar! SubahanAllah...

Cukuplah luahan perasaan untuk hari ini. Hati ini sedih, cukup sedih. Namun aku yakin, janji Allah itu pasti. Umat Islam akan menang. InsyaAllah!

"When God is with you, nothing can go against you"


No comments: