Monday, June 30, 2014

Ujian Allah...

Setiap hari samada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya diuji Allah. Kebanyakkan masa kita hanya ingat pada ujian Allah apabila kita berada dalam kesakitan atau kesusahan sahaja. Sebenarnya, sewaktu kita senang juga kita diuji Tuhan Yang Maha Esa.Sewaktu kita senang Tuhan ingin lihat adakah kita ingat kepadaNya sewaktu kita senang, sewaktu kita gembira? Adakah kita mensyukuri segala nikmat pemberiannya?

Hari ini terlihat post kurang ceria dari seorang kenalan. Bunyinya seperti dia berada dalam kesusahan. Dalam diam ketika aku menatap updatenya di komputer aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala kesusahannya dan membantu dia menghadapi apa juga dugaan yang tersedia untuknya.


Aku sedang membaca buku ini sekarang. Aku jarang sekali membaca buku bahasa Melayu apatah lagi bacaan yang berunsur keagamaan, namun semenjak aku keluar dari hospital, diriku seolah-olah dahagakan ilmu agama, ilmu ketuhanan. Aku menyedari yang aku telah lama tidak mengisi rohaniku dengan bacaan-bacaan ilmiah sebegini. Betapa teruk aku telah menzalimi diri aku sendiri. SubhanAllah!

Gaya tulisan penulisan ini sangat bersahaja. Isinya jelas, straight to the point. Mudah difahami, relate-able. Aku kagum dengan ketetapan niat penulis dan isterinya untuk berhijrah ke Madinah. Kenapa aku tidak punya keinginan seperti itu? Mungkin kerana aku belum lagi sampai ke kota Madinah. InsyaAllah, hujung tahun ini, aku dan parents akan mengerjakan umrah. Semoga aku menemui keberkatan dan keredhaan Allah.... 

No comments: