Tuesday, April 18, 2023

Catatan 26 Ramadan 2023

Ramadan dah hampir sampai ke penghujung. Rasa tak puas. Rasa tak cukup banyak ibadat. Kali ini aku pilih untuk Tadabur Quran instead of Khatam Quran. Properly understand a few surahs. Nak biasakan diri dengan Quran. Nak jadikan Quran tu teman. Sentiasa baca, memahami dan mengamalkan. InsyaAllah.

Ramai influencer berkongsi pengalaman menunaikan umrah di bulan puasa. Video tampak Mekah sesak dgn jemaah. Tapi ada waktu, gambaran sisi dekat kaabah, tampak ruang-ruang kosong. Masih selesa. Masih boleh menunaikan tawaf dengan aman. Ya Allah, rindu. Semoga kami dijemput ke sana lagi untuk Haji pula hendaknya. Allahumma aamiin..

Alhamdulillah, Allah tu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang.. Dia cukupkan segalanya untuk kami sekeluarga tahun ini. Eddy kerja keras untuk memberikan yang terbaik. Tugas aku adalah untuk menyeimbangkan antara Dunia sementara dan Akhirat yang pasti.

Nasihat, ingatan buat diri ini terutama sekali dan sesiapa yang membaca. Akhirat tu pasti akan kita lalui. Dunia ini tempat kita untuk buat tempahan penginapan dan transportation kita di sana. Apa jenis accomodation pilihan hati. Yang panas atau yang dingin? Ada hadis yang menyatakan mereka yang menjadikan Surah Al Baqarah dan Ali Imran sebagai kelazimannya, dia akan terlepas dr panasnya matahari di masyar kelak. Hadis ini baru aku ketahui. Semoga tahun ini aku dapat habis belajar 2 surah penting ini dan betul-betul diamalkan.



Sebagai umat nabi Muhammad SAW, aku doa supaya diri ini mendapat syafaat dari Rasulullah dan aku dapat jadi antara insan yang sama-sama berdiri bertemu bahu di hadapan pintu syurga paling besar. Aku doa agar ada 1 istana disediakan untuk aku yang di bawahnya ada sungai yang mengalir.

Selain dari menumpukan perhatian kepada Al Quran, aku pohon semoga Allah mengizinkan aku untuk banyak bermusafir, melihat keindahan ciptaanNya. 

Doa paling banyak untuk puasa tahun ini... Tawfiq dan hidayah yang berterusan dari Allah untuk aku, suami, ibu bapa kami, anak-anak kami, ahli keluarga kami dan siapa sahaja yang mengingati kami dalam doa-doa mereka. Semoga kita sentiasa mencari jalan yang boleh membuatkan Sang Pencipta tambah sayang kepada kita semua

No comments: