Penulisan ini buat peringatan pada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang terbaca post ni,
Rezeki tu pemberian Tuhan Yg Maha Esa.
Ada orang diberi rezeki sihat tubuh badan sepanjang hayat
Ada orang diberi rezeki untuk berkahwin awal.
Ada orang diberi rezeki dapat keluarga yang sentiasa bahagia dan gembira
Ada yang diberi rezeki mudah dapat pekerjaan
Ada yang diberi rezeki pandai semasa pengajian
Pendek kata, rezeki orang semua berbeza. Terpulang pada Tuhan dan amalan kita, apa dia nak bagi.
Ada orang masa sekolah, belajar tak lah pandai sangat, tapi masa kerja, dia berjaya, senang naik pangkat. Ada orang yang masa sekolah dia pandai tapi bila masuk alam pekerjaan, dia tak boleh survive. Ni orang booksmart. Biasanya, mereka akan pursue kerjaya dalam education.
Orang macam aku ni, orang yang biasa2 jer. Masa sekolah memang execelant tapi aku pakai cheat sheet la coz my parents both teachers. Aku ada extra push kat rumah, cikgu2 pun treat aku differently coz aku anak kawan diorang. Aku bersyukur aku sentiasa ada family yang supportive. Alhamdulillah, career wise, rezeki aku sentiasa dilapangkan Allah.
Anyway, back to the topic, rezeki. Kebanyakkan orang lupa yang rezeki tu datang dari Allah. Mereka rasa semua yang mereka dapat atas usaha mereka sendiri. So, if ada orang nak tumpang sekaki rasa rezeki dorang sesama, mereka jadi marah. If orang pinjam duit mereka and lupa nak bayar, jadi gaduh.
Ada juga anak yang rasa tak best bila mak ayah brag about their career success kononnya, mak ayah tak play any role pun dalam kejayaan yang mereka dapat. Kononnya, tu semua hasil titik peluh dia or orang lain yang banyak tolong dia masa dia susah.
Now that's a true story. Mungkin si anak tu tak tau dalam diam mak dan ayah mendoakan kejayaan dan kebahagian mereka duni dan akhirat. Sepatutnya si anak tau la kan. Tiap kali mak and ayah solat, pasti ada doa untuk anak2 mereka. Itu usaha mereka yang paling mahal, paling agung, paling besar, paling suci, paling mulia. Tapi, anak-anak tak tau. Dah berjaya, terus sombong. Lupa apa yang mak ayah bagi kat kita. Always fikir pasal diri sendiri. Termasuk lah aku.
Aku belum lagi bergelar ibu. Tapi aku rasa apa yang mak and ayah nak rasa is bahagia. Kalau kita dapat bahagiakan mereka selama hayat mereka kat dunia masih ada, alhamdulillah. Sekiranya mereka telah pergi, kita kena banyak2 doa untuk mereka supaya mereka dibahagiakn Si Pencipta di akhirat kelak.
Semoga aku dapat jadi seorang anak yang solehah, yang sentiasa mengingati mak dan ayah dalam setiap doaku. Amin...
No comments:
Post a Comment