Monday, February 28, 2011

Last Day of February & Hidup Berumahtangga

Harmoine Granger versi Melayu without Magical Wand
Tatau nak letak gambar apa, so upload la gambar apa yg ada dlm fon ni.

Berbalik pada tajuk entry. Aku tak rasa macam February ni adalah satu bulan. Rasa mcm baru last week aku balik kampung sambut CNY. Now, kejap giler dah abis bulan 2.. Tapi kan, dalam bulan yg pendek ni aku berjaya published banyak gak entry..huhu..kagum ngn diri sendiri kejap. Entry merapu, boleh la. Bulan depan tak tau la. Harap makin byk la coz ada 31 hari kan? Just wait n see la k.

Hari ni masa terluang tak banyak. Tapi idea bertimbun. Sebelum otak aku explode, better aku kuarkan sikit letak dlm blog ni ye tak.

Aku juz nak luahkan sikit pendapat aku pasal idup berumahtangga. FYI, aku ni belum kahwin lg. Bertunang pun belum. Kalau tiada bantahan dari mak aku yg sgt authoritative tu, aku tamau bertunang. Plz...Walaupun begitu,  aku ni dah direservekan kepada dia yg dah ditentukan oleh Tuhan untukku. heheheh...

Bila tgk kawan2 lain kahwin, mcm best je. Mcm simple giler n kejap giler dorg decide utk kahwin. Bila tgk org terdekat punya keadaan plak, mcm scarry je. Dulu kononnya janji Onak duri, lautan api yg before kahwin kata nak redah sama tu, tinggal janji je... I know tak baik takut pada benda2 lain selain Tuhan, tp sumtimes aku rasa idup berumahtangga ni is not as easy and its not as sweet as kita bayangkan. Apa yg aku rasa tak penting. Yg penting apa yg aku percaya. Aku percaya pada kuasa Tuhan.

Aku cuma boleh doa supaya pasangan yg ditentukan untuk aku nnt adalah seorang yang penyabar and soft spoken. Tak ringan tangan tapi ringan tulang. Plg penting, dia mesti memahami dan tau toleransi. Dia ketua keluarga jadi dia kena pandai memimpin serta adil. InsyaAllah...

Nota:
Nak g Midveli cari tv

Monday, February 21, 2011

Selamat Hari Jadi Farah Fauzi

Entry khas untuk adik tercinta aka Ibu Rayyan. Umur dia dah 25 tahun kot.  Therefore, aku listkan 25 fakta yg mungkin betul atau pun tak pasal adik aku yg sorang ni:

1. The toughest among kami adik beradik meaning if kena marah ngn mak dia mmg tak nangis, kena marah ngn aku nangis plak.
2. The most independant
3. Mempunyai survival skill yg kekadang menakutkan mak ayah n kakak serta adik2
4. Adik/Kakak yg plg seksi dalam family
5. Suka tanya soalan2 sengal dalam kereta mcm siapa yg cipta donut, or siapa yg discover boleh guna gandum untuk buat tepung or donut asal dari negara mana. Macam la org kat sebelah dia tu pakcik google
6. sgt suka rollercoaster
7. sgt suka asam especially jeruk anggur yg warna putih tu
8. sgt syg kat Rayyan
9. lebih rapat ngn ayah
10. sometimes degil giler
11. masa kecik2 nakal giler; tarik rambut aku masa nga pose dpn kamera then ayah aku snap gambar time aku nga nangis (menjengkelkan..)
12. the one and only left handed in my family
13. baik hati
14. sukakan kucing. sanggup pergi cari anak kucing dia yg terjun bangunan 13 tingkat
15. suka shopping
16. suka jejalan
17. keras ati
18. masa dia pregnant, dia mengidam nak kaler buku mewarna budak2
19. owh, dia dah kahwin k
20. dulu dia bercita-cita nak jadi chef
21. skang, aku rasa la, kalo boleh dia tak mau masuk dapur
22. dia pandai masak, aku slalu mkn lunch kat umah dia time weekend
23. dia suka muzik rnb & hip hop
24. dia adik aku and aku syg dia. aku tau dia pun syg aku gak!
25. dia banyak tolong aku, basically dia mmg ringan tulang especially ngn adik beradik
26. dia jenis happy go lucky and aku harap dia sentiasa happy :)

Thursday, February 17, 2011

Tips Elak Dari "Terkena" Speedtrap

Sape yg tak penah kena speedtrap, sila angkat keyboard!! Hahahha... Aku rasa la kan, org bawak beca je yg tak kena speedtrap ni. 

from Google
Sepanjang aku bergelar pemandu, aku kena speedtrap sekali je rasanya. Kat Karak. Tu la highway yg plg menjengkelkan skali dlm Malaysia ni. Cmne nak bwk 90km/j masa ngn turun bukit? Nak tekan brek all the way? Mak aku kata, biar brek pad abis dr ko jatuh gaung... (Baik mak...)

Berbalik pada tajuk entry pagi ni. Sila ikut tips2 kat bawah ni kalau rasa taknak kena saman:-

from Google
  1. Jangan pandu kereta melebihi hadlaju... (obviously la kan)
  2. Biasakan diri dengan had laju kat kawasan yg korg biasa lalu tu. Macam dulu aku nyer laluan every morning is Jalan Ipoh-KL. Had laju dia dlm 90km/j. Aku dah tau la port2 pakcik polis menembak sepanjang jalan ni. Kat jambatan SMK ada satu, tu pun waktu pagi la, kat Batu Karang bawah pokok pun ada satu and satu lagi kat simpang tiga nak g Malim Nawar. Kat KL ni plak aku terjumpa kat NKVE, on weekdays right after keluar tunnel apatah nama dia, on weekdays. So, sila bwk dengan perlahan lepas keluar terowong tu.
  3. Beli GPS navigation system yg bleh track speedtrap.
from Google
Tu je kot tips yg aku dapat pk kan pagi ni. Tips2 lain mcm bawak slow masa lalu bwh flyover etc etc tu, aku tak sure la berkesan ke tak kan coz mcm kat Karak, mana ada flyover tp korang still kena saman gak kan.

Bagi yg nak cek saman trafik secara online, bleh la ke laman RILEK atau MYEG. Kalo nak cek gunakan SMS taip

 IC no:      POLIS SAMAN [identification card no] or

 Vehicle:   POLIS SAMAN [car registration no.] 

then antar ke 32728


from Google
Kalau ada signboard cam ni kat jalan-jalan kat Malaysia, bagus gak kan?


Nota:

Tajuk entry diilhamkan oleh Akla, pemandu Inspira yg rasa dia kena speedtrap kat Karak Selasa lepas :P





Sunday, February 13, 2011

Cerita Seliper Buruk & Handphone Pink

from Google again
Adik aku yg comel si Pinklady kehilangan handfon pink yang aku hadiahkan masa dia graduate  dan kasut dia masa solat kat masjid Tapah Sabtu lepas. Kwn aku yg handsome lagi bergaya kehilangan seliper buruk dia kat masjid. Kawan aku lg sorg, hilang jam kat surau. Aku yakin kes-kes cmni sgt biasa kita dengar. 

Persoalan aku ialah, kenapa la pencuri ni sanggup mencuri kat masjid? Kalau kes kehilangan seliper buruk tu, aku bleh terima lagi la. Maybe dia ingat tu seliper dia n dia tersilap sarung. Ni kes yg sanggup geledah beg n curi handpon and purse ni yg buat aku hangin satu badan.

from Mr. Google

Kalau aku boleh ubah la Kanun Keseksaan Malaysia kan, aku akan buat peruntukan baru untuk pencuri yg ditangkap mencuri kat tempat2 ibadat cmni. Harsher punishment for them! Sebat 3 kali dan penjara 3 tahun. Even if dorang mencuri seliper buruk je, hukuman sama dikenakan. Aku tak kira! *emosi sekejap*

Nota:


1. Hari masak-masak
2. 6 months

Thursday, February 10, 2011

Cookie Monster in Kampar


We have our very own cookie monster in the house. hahaha...

Ini video yg baru je aku upload kat Youtube.

Watak utama dlm video ni: Ahmad Rayyan Haqimie as Cookie Monster
Watak sampingan: My sister Wah as Ibu Cookie Monster
Background voice over by Onnie Chan & Aunty Ayong (Me) and mungkin Aunty Yus pun ada kot!

How to Make Baby?

Boys and girls....Lets start our lesson ...First of all, please read with an open mind. Bahan-bahan yg diperlukan ialah sedikit imagenasi (camni ke ejaan dia?), sedikit kreativiti and lots of LOVE *wink*

from Mr. Google

Terlupa plak, bahan plg penting untuk buat baby ni ialah, fondant! hahaha...

Aku nak share ngn korang apa yg aku jumpa kat blog chef yg best ni. Nama dia Yasmin Sanusi. Dia ni kek decorator tau. Sila lah singgah ke blog BAKING PROJECT.COM... Dia siap ada buat kelas lagi. Jalan-jalan kat blog dia buat aku LAPAR!!! Grrr...

(Gambar-gamber dipinjam dari tuan punya blog)

SELAMAT MENCUBA!

Step 1: Buat bentuk bulat mcm bola.

Step 2: Penyekkan sikit guna jari

Step 3: Tambah sikit lagi fondant utk jadikan leher baby

Step 4: Tambah mata, idung n mulut baby korang n ukir gunakan lidi

Step 5: Tambah telinga plak

Last Step: Decorate la guna kreativiti korang

Comel kan???

Tajuk Entry yg kontrobesi ni ehsan dari kwn aku yg handsome, hebat lagi bergaya. Dia merupakan blogger baru yg aku yakin if dia godek blogger.com ni lama sikit, dia bleh jadi blogger otai one day :P

Khas buat Pinklady, Citrasawan & Abg Mat Gebu, bleh la tiru mana yg patut. 

Wednesday, February 2, 2011

Berpantang : No more Sweets & Oily Food for ME :(

Aku baru balik dari  melawat doktor near umah Atok aku kat Tg. Tualang, Perak. Kata orang -orang, klinik ni sgt popular. Manusia dr segenap pelusok Malaysia dtg jumpa doktor ni. Well, ni first time aku jumpa dia. To me, dia ni la doktor paling rock n roll aku penah jumpa.
from Google

Memula dia akan tanya, korang sakit apa then dia akan buka buku rujukan dia and bg sikit penerangan ringkas pasal penyakit kita. Siap tunjuk gambar lagi k. So, aku dpt short lecture pasal penyakit aku td. Apa penyakit aku, biar la rahsia.... Tak serius pun. Penyakit dunia. InsyaAllah akan sembuh in no time!
from Google

Neway, doktor tu kata, if aku nak cepat sembuh, kena pantang. Takleh mkn manis-manis and no more oily food. Hurm...Oily food tu ok la kot. Tp manis?? Aku ni pemilik sweet tooth yg tegar kot. Baru je tgh ari tadi, aku pg mencekik banana split and iced mocha caffe kat Secret Recipe dengan Si Baiti. Guess that will be my last sweet indulgence la kot.   

from Google
Adoi... Takpe la... For the next 4 months, kita kurangkan manis dlm minuman kita tambahkan gula dlm senyuman. Btol ke apa yg aku tulis ni?? From now onwards I will have Subway for lunch n less sugar in my coffee and no more cakes or ice cream. Boleh ke aku survive without my staple food?? Cukup 4 bulan, bukan saja penyakit aku sembuh, confirm bdn aku makin slim! Bagus kan? Its like killing 2 birds with one stone. Adoi...merepek lagi.

Nota:

1. He said he misses me :P
2. Semoga dia selamat smp :)